Bolehkah Mahkamah mengeluarkan perintah ‘gag’?

Bolehkah Mahkamah mengeluarkan perintah ‘gag’? Ketika bekas perdana Menteri Najib Razak didakwa di Mahkamah beberapa hari lalu, Mahkamah tinggi telah memberikan satu perintah ‘gag’ [Perintah Larangan Bersuara]? selepas satu permohonan oleh peguamnya. Perintah itu bertujuan untuk menghentikan perbincangan awam berhubung dengaan dakwaan yang ditangguhkan terhadap Najib. Mahkamah berkata ia akan membuat keputusan mengenai perintah gag […]

Bolehkah Mahkamah mengeluarkan perintah ‘gag’?

Ketika bekas perdana Menteri Najib Razak didakwa di Mahkamah beberapa hari lalu, Mahkamah tinggi telah memberikan satu perintah ‘gag’ [Perintah Larangan Bersuara]? selepas satu permohonan oleh peguamnya. Perintah itu bertujuan untuk menghentikan perbincangan awam berhubung dengaan dakwaan yang ditangguhkan terhadap Najib.

Mahkamah berkata ia akan membuat keputusan mengenai perintah gag tersebut setelah mendengar hujahan daripada pihak-pihak. Walau bagaimanapun, Mahkamah telah mengeluarkan satu perintah sementara.

Perintah gag adalah satu perintah yang menghalang maklumat daripada disebarkan atau dikomen daripada atau oleh orang awam. Ia dikeluarkan oleh kerajaan dan Mahkamah. Apabila perintah gag dikeluarkan ia menyekat kebebasan berucap dan membatasi kebebasan bersuara.

Mengapakah dan bilakah perintah sedemikian wajar dikeluarkan? Ia adalah untuk mencegah rahsia perdagangan, melindungi kerja tentera atau polis dan melindungi hak mangsa atau anak-anak. Adakah Najib boleh menggunapakai perintah ini? Kebanyakkan ahli Perlembagaan  berpendapat ini tidak sah. Mengapa?

Artikel 10 Perlembagaan  menjamin kebebasan bersuara dan perintah ini secara tidak langsung melibatkan banyak batasan terhadap kebebasan ini. Adakah pertuduhan terhadap Najib Razak mengancamkan keselamatan negara, perhubungan antara negara terjejas, ketenteraman atau prinsip moral [sepertimana Artikel 10(2)], adakah mana-mana ahli parlimen diserang atas keistimewaannya, adakah kenyataan fitnah dibuat atas Najib? Jelas sekali, bulan Ogos ini Mahkamah harus memutuskan sama ada wujud mana-mana sekatan Perlembagaan.

Jika ‘Ya’, mesti persoalan-persoalan dibawah menimbulkan rasa ingin tahu: –

  • sama ada Mahkamah boleh menggunakan kuasa yang ada untuk menahan hak Perlembagaan untuk kebebasan bersuara?’
  • sama ada kuasa yang wujud, apabila dilaksanakan, mengatasi atau membatasi kebebasan akhbar?
  • Apakah keperluan mendesak untuk mengeluarkan perintah gag
  • sama ada Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa jenayah boleh memberikan perintah gag
  • apakah tugas media dalam melaporkan perkara negara yang benar untuk melaporkan kemajuan negara-dengan benar?’
  • sama ada setiap warganegara mempunyai hak untuk menerima berita tersebut?

Persoalan-persoalan ini akan dibicarakan dalam Mahkamah apabila najib memohon satu perintah gag kekal. Keputusan kes ini sudah pasti akan mengubah corak Perlembagaan  kita dan akan menjadi sebutan di antarabangsa kerana ianya melibatkan kebebasan bersuara.

Kini kita melihat bagaimana perintah gag ini berfungsi di negara India sebelum negara-negara lain kerana Perkara 19 Perlembagaan India sama seperti Artikel 10(2) Perlembagaan negara kita. Perlembagaan India juga mempunyai had dalam kebebasan bersuara yang diberikan kepada Parlimen sepertimana di negara kita.

Ceritanya bermula apabila seorang pengarah bernama Ramesh Pimple menghasilkan dokumentari pendek bertajuk ‘Aakroash’, bermaksud kemarahan yang menangani kerusuhan di Gujarat pada 2002.  Walau bagaimanapun, Lembaga Pensijilan Filem Sentral enggan memberikan kelulusan.  Usahanya juga tidak berjaya oleh Tribunal Rayuan Pensijilan Filem atas alasan dokumen tersebut bersifat provokatif. Mahkamah Tinggi Bombay [(2004) (5) Bom CR 214] mengarahkan Lembaga untuk mengeluarkan sijil dengan merujuk satu kes Sakal Papers (P) Ltd. v. Union of India [1962 AIR 305] yang mana memutuskan kebebasan bersuara dan ekspresi adalah sangat penting di bawah Perlembagaan demokratik yang membayangkan perubahan dalam komposisi perundangan dan Kerajaan dan harus dipelihara.

Di Amerika Syarikat pula, Mahkamah boleh membuat perintah gag ke atas pihak-pihak tertentu dalam litigasi, dengan berkesan untuk mendiamkan mereka. Mahkamah di Amerika Syarikat tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan media daripada melaporkan kes terhadap orang yang dikeluarkan perintah gag dengan mengetahui orang tersebut tidak dapat membuat sebarang komen. Satu-satunya pengecualian adalah dalam kes-kes harta intelek. Di sana, perintah gag telah ditegakkan di mana terdapat peruntukan tegas dalam undang-undang seperti Akta Hak Cipta dan Persembahan dan Pelaksanaan Perjanjian Fonogram WIPO.

 

Kerajaan BN bukan dikecualikan dalam pengeluaran perintah ini. Mungkin kita tertanya bila kerajaan BN melakukan sedemikian. Ia adalah skandal 1MDB. Pelbagai percubaan untuk menghalang orang awam, media, penulis, kartonis dan sebagainya untuk bercakap mengenai skandal 1MDB. Keadaanya buruk apabila wartawan menerima ancaman dan serangan secara terbuka. Antaranya, pada tahun 2015 wartawan yang bertanya soalan mengenai skandal 1MDB telah dituduhkan dibawah Akta Hasutan. Kemudian, Laporan Sarawak yang juga mendedahkan skandal 1MDB dan penulis blog Syed disekat akses internet pada tahun yang sama. Pada 2016 pula, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melarangkan portal web, Malaysian Insider. Bukankah ini satu perkara menindas kebebasan bersuara?

Malaysia berada ditangga yang bawah menurut index kebebasan Media. Demokratik mudah diukur dengan tahap kebebasan dan penyertaan yang aktif dan professional oleh media dalam sesebuah negara.

Hak kebebasan bersuara saling bergantung bersamaan antara hak untuk memberi dan menerima maklumat tanpa campur tangan. Apa-apa tafsiran lain mengenai Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan akan menafikan kehendak Perkara 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang mana menyatakan “hak untuk kebebasan pendapat dan ekspresi termasuk [hak] untuk mencari, menerima dan menyebarkan maklumat dan idea melalui mana-mana media dan tanpa mengira sempadan.’

Tanpa akhbar bebas, tidak boleh menjadi demokrasi yang berfungsi dengan baik. Oleh itu, terdapat keperluan mendesak untuk pembaharuan undang-undang kebebasan akhbar yang betul dan menyeluruh di Malaysia. Jadi sebarang perintah gag sama ada dari Kerajaan atau Mahkamah harus tertakluk kepada pemerhatian yang ketat dibawah Perlembagaan.

[Penterjemahan oleh YS Dharan]

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?