Adakah Persidangan Khas Parlimen yang dicadangkan, sah di sisi undang-undang?

Tun Mahathir telah memberi kenyataan bahawa Sesi Ketiga Parlimen akan dibawa ke hadapan. Adakah perkara tersebut sah di sisi undang-undang?

[Atikel ini diterbitkan pada 28 Feb 2020]

Pengumuman Mahathir tentang ‘Mesyuarat Khas Parlimen’

Sejurus selepas Tun Mahathir meletak jawatan, beliau mengumumkan bahawa Parlimen harus memilih perdana menteri seterusnya.

Kedua, beliau memberi kenyataan bahawa perkara ini akan dicapai dengan membawa Sesi Ketiga yang pada asalnya dijadualkan pada 09 Mac kepada 02 Mac 2020.

Mengapakah Yang di-Pertua Speaker Dewan Rakyat bersuara dan menyatakan, ‘Tidak’?

Beberapa minit yang lalu, Yang di-Pertua, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, memberi kenyataan bahawa persidangan khas Parlimen tidak akan diadakan.

Mengapa anda fikir beliau berkata demikian?

Cuba imbas kembali sebentar.

Adakah permintaan Tun Mahathir untuk mengadakan mesyuarat lebih awal munasabah? Tidak. Mengapa?

Ini kerana Perlembagaan dan peraturan-peraturan Parlimen memerlukan prosedur tertentu untuk dipatuhi, sebelum Mahathir boleh membuat permintaan ini bagi mengadakan Persidangan Khas.

Dan prosedur-prosedur ini belum dipatuhi.

Adakah Parlimen dikawal oleh perdana menteri? Tidak.

Terdapat pandangan lazim di kalangan anggota rejim lama bahawa Parlimen dikawal oleh perdana menteri.

Ia tidak dikawal oleh perdana menteri.

Di bawah doktrin Pengasingan Kuasa (‘Separation of Powers’), parlimen adalah bebas daripada kerajaan. Ahli Parlimen dipilih secara langsung daripada pilihan raya. Mereka hanya bertanggungjawab terhadap rakyat.

Dalam erti kata lain, kerajaan adalah tertakluk kepada parlimen. [Sila lihat di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai maksud  ‘Pengasingan Kuasa’]

Eksekutif sentiasa bertanggungjawab terhadap parlimen.

Parlimen adalah berfungsi mengikut prosedurnya sendiri

Perlembagaan membuat janji berikut. Kuasa ini diperuntukkan dalam perkara 62 Perlembagaan, yang berkata seperti berikut:

 ‘62. (1) Subject to the provisions of this Constitution and of federal law, each House of Parliament shall regulate its own procedure.’

Tatacara Parlimen (‘Standing Orders’)

Oleh itu, di bawah Perkara 62 (1), Parlimen membuat peraturannya sendiri.

Ini dipanggil ‘Standing Order of the Dewan Rakyat’.

Parlimen mempunyai peraturan yang jelas berkenaan bagaimana ia akan mengadakan mesyuaratnya

Ini dikawal di bawah Peraturan 11 ‘Standing Orders’.

Adakah KBDYMM YDP Agong yang akan memutuskan bila tarikh sesi Parlimen akan bermula

Peraturan 11 adalah peraturan yang mengawal bagaimana parlimen harus bersidang.

Peraturan 11 menyatakan seperti berikut:

‘Sessions and Meetings’

(1) The first sitting of the House in each Session shall be held in such place on such day and at such hour as the [King] may by Proclamation appoint.

Adakah DYMM Seri Paduka Baginda memutuskan bahawa Sesi Parlimen yang akan datang boleh dibawa ke hadapan?

Tidak: kerana DYMM Seri Paduka Baginda YDPA masih belum memberi apa-apa titah mengenai perkara ini.

Halangan Pertama untuk Tun Mahathir

Sebelum Parlimen ditangguhkan, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA  telah, mengisytiharkan bahawa sidang seterusnya akan diadakan pada 09 Mac 2020.

Oleh itu, itu adalah halangan pertama Tun Mahathir sekiranya beliau cuba membawa mesyuarat ke 2 Mac 2020.

Halangan Kedua Tun Mahathir – beliau tidak lagi memperolehi undi percaya majoriti Ahli Parlimen

Seorang perdana menteri, atau seorang anggota MP yang dilantik oleh PM, sentiasa menjadi Pemimpin Dewan. Di bawah Peraturan 11, Pemimpin Dewan boleh membawa persidangan ke hadapan – jika beliau memberi notis 28 hari kepada Tuan Yang di-Pertua Speaker.

Walaubagaimanapun,  Tun Mahathir telah meletak jawatan kerana beliau sendiri telah mengisytiharkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA  bahawa beliau tidak lagi mempunyai undi percaya majoriti Ahli Parlimen.

Bagaimanakah beliau (atau salah seorang rakan seniornya dari kerajaan) menjadi ‘Pemimpin Dewan’?

Halangan Ketiga – Beliau tidak memberikan notis yang diperlukan

Tun Mahathir boleh meminta agar persidangan parlimen dibawa ke hadapan jika atas dasar ‘kepentingan awam’. Walaubagaimanapun,  beliau perlu ‘menentukan’ bahawa ini adalah 28 hari sebelum 02 Mac 2020.

Beliau belum nenentukan sedemikian.

Rujuk Peraturan 11 (2):

Order 11(2) states:

‘Subject to the provisions of paragraph (1), the Leader …  of the House shall determine at least 28 days before the commencement of each Session, the dates on which the House shall meet in the Session:

Provided that the Leader or Deputy Leader of the House may vary from time to time the dates so fixed.’

Tun Mahathir tidak melakukan sedemikian.

Sekiranya beliau berbuat demikian, Yang di-Pertua Speaker, serta anggota Parlimen yang lain akan diberitahu dan akan mempunyai pengetahuan berkenaan perkara tersebut.

Tiada siapa yang tahu.

Kedua, Parlimen kini berada dalam tangguhan. Terdapat peraturan khas yang meliputi mesyuarat semasa ‘Tempoh Tanggungan’: –

Rujuk Perintah 11 (3), yang menyatakan:

‘If, during an adjournment of the House, it is represented to [the Speaker] by the Prime Minister that the public interest requires that the House should meet at an earlier date than that to which the House was adjourned, [the Speaker] shall give notice thereof forthwith and the House shall meet at the time stated in such notice.

The business set down for that day shall be appointed by the Prime Minister and notice thereof shall be circulated not later than the time of the meeting.’

Peraturan ini adalah ketat.

Ia menggunakan perkataan, ‘shall’ (hendaklah)

Tun Mahathir sepatutnya memberi notis mengenai ‘tarikh yang disegerakan’ kepada Yang di-Pertua Speaker.

Secara adil, itu akan memberi peluang untuk memaklumkan anggota Parlimen yang lain, yang sebahagiannya akan pergi bercuti.

Ini tidak dilakukan.

Itulah kelemahan utama.

Halangan Keempat – ada kalannya seorang Menteri boleh mengadakan mesyuarat tanpa notis

Ini dibenarkan di bawah Peraturan 14 ‘Parliament Standing Order’.

Inilah yang dikatakan dalam  Peraturan 14:

‘14.     Order of Business:

(1) Unless the House otherwise directs, the business of each sitting shall be transacted in the following order:

(2) The House may, at any time, upon a motion (to be moved by a Minister) to be decided without amendment or debate which may be made without notice and shall take precedence over all other business, decide to proceed to any particular business out of the regular order.’

Walau bagaimanapun, Tun Mahathir akan menghadapi beberapa masalah sekiranya beliau menggunakan peraturan ini.

Pertama, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA tidak memberi kebenaran untuk Parlimen memulakan Sesi Ketiga pada 02 Mac 2020.

Kedua, perkataan ‘Minister’ dalam Peraturan 14, berkemungkinan tidak bermaksud PM Sementara atau interim (‘Caretaker PM’).

Dalam erti kata biasa, ia merujuk kepada seorang Menteri Kabinet yang berfungsi dengan cara biasa – iaitu, jika Kabinet wujud pada masa ini.

Kabinet telah dibubarkan. Maka, terdapat masalah dalam keadaan ini.

Masalah keempat adalah, Tun Mahathir, walaupun beliau layak, mungkin tidak mempunyai angka untuk menggerakkan resolusi tersebut. Oleh itu, ia adalah satu pembaziran masa.

Halangan Kelima – adalah permintaannya beliau ‘demi kepentingan awam’?

Tun Mahathir berkemungkinan masih belum mengambil kira perkara sebenar.

Jika beliau hendak membawa Sesi Ketiga ke hadapan, beliau harus menunjukkan mengapa ia terjumlah kepada ‘kepentingan awam.’

Apabila beliau meletak jawatan, Tun Mahathir sepatutnya meminta DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk melantik pemimpin lain yang mempunyai mandat anggota Parlimen. Sekiranya Mahathir mempunyai alasan untuk mempercayai tidak ada pemimpin sedemikian, beliau sepatutnya menasihatkan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk membubarkan parlimen.

Oleh kerana beliau tidak berbuat demikian, beliau tidak dapat menunjukkan mengapa ia adalah dalam ‘kepentingan awam’ bahawa mesyuarat tersebut perlu dibawa ke hadapan.

Ia juga tidak jelas mengapa Tun Mahathir berfikir beliau bertindak demi kepentingan orang ramai. Beliau tidak menjelaskan perkara tersebut.

Sehari yang lalu, MTun Mahathir memberi kenyataan, ‘Parlimen boleh memilih PM.’

Oleh itu, seorang yang neutral akan mengatakan bahawa Tun Mahathir mahu dengan segera meneruskan dengan Parlimen ‘kerana beliau ingin dipilih sebagai PM.’

Kepada pemerhati neutral, ia kelihatan seolah-olah Tun Mahathir bertindak demi kepentingan beliau sendiri.

Maka, permintaan beliau – jika beliau telah membuat apa-apa permintaan sedemikian – dan beliau tidak berbuat demikian – adalah tidak layak.

Mengapa anda berfikir Yang di-Pertua Speaker berkata, ‘Tidak ada persidangan khas?

Pada pandangan saya, saya fikir ini adalah sebab Yang di-Pertua Speaker, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, berkata bahawa tidak akan ada persidangan khas Parlimen.’

 

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. JD Prabhkirat Singh, En. GS Saran dan Cik KP Kasturi untuk pertolongan mereka.]

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung