Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung

Krisis Pemecatan hakim terulung : bermulanya perarakan melindungi kebebasan kehakiman

[1] Kenapa ini berlaku? 

Untuk fahami kisah ini, kita perlu lihat sejarah.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Perdana menteri, Dr Tun Mahathir bin Muhammad, berebut kuasa kepimpinan dalam UMNO.

Tengku Razaleigh tewas dengan 43 undi.

12 penyokong Tengku Razaleigh memfailkan saman di Mahkamah Tinggi.

Mereka minta pemilihan kepimpinan baru diadakan kerana 78 dari 1,479 perwakilan adalah ‘perwakilan haram’ disebabkan cawangan tersebut tidak berdaftar.

Hakim bersetuju dengan dakwaan tersebut. Anehnya, Hakim kemudian memutuskan bahawa keseluruhan UMNO telah menjadi parti haram.

Mengapa, perkara ini berlaku tidak dapat dijelaskan sepenuhnya, sehingga hari ini.

[2] Di bawah prinsip kedaulatan undang-undang, badan kehakiman harus terpisah secara bebas dan tidak boleh ada sebarang campur tangan oleh parlimen atau eksekutif. 

Dalam beberapa kes yang melibatkan UMNO atau orang yang berkaitan, badan kehakiman tidak menyokong UMNO atau kerajaan.

Mahkamah mengguna pakai undang-undang berdasarkan bukti. Perkara ini mengecewakan Mahathir.

Beliau berusaha untuk mengurangkan kuasa Kehakiman.

Pada tahun 1988 Mahathir meminda Perkara-Perkara 121 dan 145 Perlembagaan Persekutuan.

Kesannya adalah kuasa badan kehakiman hanya boleh diberikan oleh parlimen.

Pindaan ini adalah tidak berperlembagaan.

Bertentangan dengan tradisi kehakiman, Tun Salleh, sebagai ketua kehakiman, terpaksa berbicara secara terbuka mengenai perlunya mempertahankan kebebasan dan autonomi badan kehakiman.

Tetapi beliau tidak melangkah lebih jauh. Hakim-hakim lain berpendapat bahawa itu tidak mencukupi.

Mereka semua menulis surat rahsia kepada Tuanku DYMM YDP Agong dan Raja-Raja Melayu yang lain.

Mahathir memanggil ketua hakim. Biasanya, mengikut protokol, ketua Kerajaan mesti pergi dan menemui ketua kehakiman. Tetapi ini sebaliknya.

Dalam pertemuan itu Mahathir menuntut agar beliau meletakkan jawatan. Tun Salleh segera digantung.

Tun Salleh pada mulanya bersetuju untuk letakkan jawatan. Tetapi beliau terkejut apabila dapati penggantungan beliau bermula lebih awal sehingga membatalkan beberapa keputusan sebelumnya dalam kes-kes UMNO yang masih belum selesai.

Beliau segera menarik balik perletakkan jawatan beliau.

Pada masa ini, kerajaan telah memulakan prosiding pencabaran (impeachment proceedings) terhadap Tun Salleh.

Tun Salleh menuntut untuk diadili secara terbuka oleh rakan-rakan sebaya sebagai contoh bekas Presiden yang sama taraf Tun Salleh.

Komposisi hakim-hakim dibantah. Dua hakim asing berasal dari negara yang tidak mempunyai kebebasan kehakiman. Walaubagaimanapun, Tribunal tersebut menolak hujahan-hujahan ini.

Oleh itu, Tun Salleh menarik diri dari prosiding kerana berpendapat beliau tidak akan mendapat keadilan di sana.

Beliau memohon kepada Mahkamah Agung untuk penangguhan prosesnya.

Mahkamah Agung dalam persidangan tergempar memerintahkan penangguhan proses pendakwaan.

Perintah itu dihantar ke pintu parlimen tetapi pengawal Parlimen diminta untuk menutup pintu pagar.

Salah seorang hakim Datuk Seri George Seah menelefon dan memeberi Amaran kepada  mereka bahawa tindakan menghina mahkamah akan dia Bil terhadap mereka mereka yang menghalang pen Tampa in perintah mahkamah.

Akhirnya pintu dibuka namun atas nasihat Mahathir.

Agong menggantung lima hakim Mahkamah Agung yang telah mengeluarkan perintah penangguhan tersebut.

Kerajaan melantik hakim-hakim baru yang enggan mendengar usul lebih lanjut oleh Tun Salleh.

Akhirnya Tun Salleh didapati bersalah dan kehilangan jawatan beliau.

Tun Salleh dikenali sebagai orang yang jujur dalam semua keputusan beliau.

Beliau juga seorang Muslim yang taat. Mengenang pertemuan dengan Mahathir dimana Tun Salleh diminta untuk mengundurkan diri, Tun Salleh berkata,

Saya menyerahkan nasib saya kepada penghakiman Allah dan kerana ia adalah hari Jumaat, saya ingin memetik dari Al-Quran suci yang mengatakan ‘tidak ada musibah yang menimpa kita kecuali apa yang telah ditentukan oleh Allah. 

Dia adalah pelindung kami dan di mana orang beriman harus bertawakal.’’

Cita-cita beliau yang tinggi, cara hidup yang sederhana dan pengorbanan besar menjadikan beliau hakim yang disanjungi.

Kami mengucapkan terima kasih dan berdoa untuk beliau, keluarga dan rakan-rakan Almarhum Tun Salleh.

Ini adalah penghormatan terakhir saya kepada seorang hakim yang saya sangat kagumi.

Semoga rohnya dicucuri Tuhan yang maha Berkuasa.

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?