Bolehkah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA menghentikan perubahan kerajaan?

Ya, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh melakukan sedemikian.

[Atikel ini diterbitkan pada 23 Feb 2020]

Khabar angin

Kekeliruan telah melanda.

Terdapat banyak khabar angin berkenaan pergerakan parti dan ‘perubahan kerajaan’.

Kita dimaklumkan bahawa Perdana Menteri kini mempunyai ‘bilangan’ yang diperlukan untuk membentuk ‘Kerajaan Baru.’ Beberapa soalan timbul:

S-1: Adakah kerajaan 2018 dibubarkan? Sudah tentu seseorang tidak boleh membina sesuatu yang baru sehingga yang lama tidak lagi wujud?

S-2: Adakah pembentukan ‘Kerajaan Baru’ ini bersifat perlembagaan? Beberapa peguam perlembagaan mengatakan ini ‘boleh dilakukan.’ Adakah itu benar?

S-3: Sekiranya ‘Kerajaan Baru’ bakal dibentuk, adakah rakyat mempunyai hak untuk bersuara dalam perkara ini? Jika tidak, haruskah mereka bersuara?

S-4: Apakah peranan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA (‘Seri Paduka Baginda’) dalam semua ini? Bolehkah Baginda tidak bersetuju?

Bolehkah perubahan sedemikian berlaku?

Adakah semangat Perlembagaan terjejas?

Imbas Kembali ke Mei 2018

Pada 10 Mei 2018, Tun Mahathir membentuk kerajaan ini. ini belum dibubarkan. Oleh itu, semua perbincangan mengenai ‘Kerajaan Baru’ ini agak luar biasa.

Apa yang diperuntukkan di bawah undang-undang

Undang-undang tidak mengambil berat tentang kenyataan-kenyataan pelbagai ahli politik dari pihak yang bertentangan.

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA adalah Ketua Tertinggi Persekutuan

Perlembagaan menyatakan bahawa Seri Paduka Baginda adalah ketua tertinggi Persekutuan.

Perkataan sebenar yang digunakan oleh Seri Paduka Baginda apabila Seri Paduka Baginda apabila mengambil Sumpah di bawah Perkara 37(1) adalah:

‘We… do solemnly and truly declare that We shall justly and faithfully perform Our duties in the administration of Malaysia in accordance with its laws and Constitution which have been promulgated… Further, We do solemnly and truly declare that We shall at all time protect the religion of Islam and uphold the rules of law and order in the Country.’

Perkataan-perkataan ini menunjukkan:Seri Paduka Baginda terikat untuk melaksanakan tugas Baginda mengikut kedaulatan undang-undang.

Kedaulatan undang-undang bukan sekadar perkataan sahaja dalam Perlembagaan Persekutuan atau dalam undang-undang Parlimen. Kita juga terikat dengan undang-undang lazim yang berabad lama. Apa yang dikatakan di bawah undang-undang lazim?

Kedaulatan undang-undang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi. Ia menghidupkan dan menggerakkan konsep ekuiti dan keadilan yang lebih besar. Saya ada menerangkan perkara ini di sini.

“Untuk bertindak dengan keadilan, seseorang mesti bertindak dengan kemurnian, tadbir urus dan ketelusan yang baik – bukankah ia sepatutnya begitu?

“Oleh itu, adakah apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen betul? Adakah itu menepati prinsip-prinsip ini?

Itulah persoalan dalam fikiran rakyat.

Siapakah yang akan menjawab persoalan ini?

Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan Kerajaan?

Siapakah yang mempunyai kuasa untuk menguruskan Kerajaan?

Perlembagaan menyatakan bahawa kuasa sedemikian dipegang oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDPA; dan kuasa-kuasa tersebut boleh digunakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda YDPA atau oleh Kabinet.

Sekiranya tiada Kabinet, ia adalah tanggungjawab dan peranan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk memutuskan.

Sekiranya terdapat perubahan, adakah Kerajaan semestinya dibubarkan?

Adakah terdapat apa-apa dalam Perlembagaan yang mengizinkan perkara ini? Itu adalah salah satu soalan.

Persoalan kedua ialah bolehkah Kerajaan Baru dibentuk tanpa ‘pembubaran’ sedemikian.

Ahli politik berkata, ‘Ya.’

Mereka berkata, apa yang perlu dilakukan adalah untuk membuktikan kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA bahawa Encik X, ‘mempunyai keyakinan majoriti Ahli Parlimen.’

Mereka berpendapat bahawa PM kini boleh meminta DYMM Seri Paduka Baginda YDPA membubarkan kerajaan.

Tidak lama kemudian – kata ahli politik – Encik X akan menghasilkan senarai lebih daripada 112 Ahli Parlimen yang menyokong beliau.

Adakah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA tiada pilihan lain?

Adakah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA terpaksa melantik Encik X? Adakah Baginda tidak mempunyai pilihan lain?

Beberapa peguam berkata: apabila DYMM Seri Paduka Baginda YDPA ‘menjalankan fungsi perlembagaan’, Baginda harus ‘bertindak mengikut nasihat Kabinet atau Menteri yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet.’

Hujahan ini tidak tepat.

Sebelum DYMM Seri Paduka Baginda YDPA memutuskan isu ini, Perlembagaan membenarkan Seri Paduka Baginda untuk meminta maklumat lanjut.

Ada juga hujahan bahawa Perlembagaan menghendaki DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk ‘bertindak mengikut nasihat PM atau Kabinet.’

Sekiranya PM semasa bertemu DYMM Seri Paduka Baginda YDPA dan mengatakan beliau ingin menukar kerajaan, beberapa soalan timbul. Yang pertama adalah logik: jika PM ingin mengubah senarai penyokong beliau, PM mesti meletakkan jawatan.

Beliau kemudian harus menyerahkan senarai baru kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA untuk mendapatkan kelulusan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA, untuk menjadi PM, dan kemudian melantik kabinet baru.

Bukankah ini ganjil? Adakah PM sekarang mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen?

PM berkata ada. Maka mengapa beliau berjumpa Seri Paduka Baginda?

Tetapi sesetengah pihak berkata, ‘Tidak. Seseorang masuk ke Istana sebagai PM, dan meninggalkan sebagai PM.’

Sekiranya dianggap seketika ini adalah betul: jika ya, apa yang akan berlaku kepada Manifesto Pilihan Raya, janji kerajaan semasa sejak Jun 2018, dan harapan kebanyakan pengundi?

Bolehkah ia dibuang? Para pembangkang mengatakan, dengan keberanian, ‘Ya, kami berhak untuk melakukannya.’

Kita akan pulang ke isu itu sebentar lagi.

Bolehkah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA meminta pilihan raya baru?

Bolehkah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA mmeminta PM semasa, bahawa jika beliau bercadang untuk ‘menukar kerajaan’, bahawa PM  hendaklah ‘membubarkan’ Parlimen?

Bolehkah Baginda meminta PM untuk memanggil pilihan raya baru?

Setiap parlimen mempunyai jangka hayat maksimum 5 tahun dari persidangan pertamanya.

Hak kerajaan untuk memerintah, secara teori, berterusan selagi salah seorang Ahli Parlimen mempunyai sokongan kebanyakan Ahli Parlimen.

Kerajaan tidak boleh dibubarkan melainkan Parlimen dibubarkan terlebih dahulu.

“Perlembagaan tidak memperuntukkan sama ada PM boleh ‘menukar kerajaan’ dan ‘menggantikan’ sekumpulan Ahli Parlimen dengan satu lagi.

Terdapat konvensyen dari negara-negara lain yang kita dapat lihat, tetapi negara-negara tersebut tidak mempunyai Perlembagaan seperti kita.

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh membubarkan Parlimen tanpa meminta izin sesiapa: Perkara 55 (2)

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA mempunyai kuasa membubarkan parlimen.

“Perlembagaan Persekutuan, dalam dua peruntukan yang jelas, memberikan kuasa ini kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA.

Perkara 40(2) memperuntukkan:

‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;…’

Perkara 55(2) berbunyi:

‘Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.’

“ Seri Paduka Baginda tidak perlu meminta izin sesiapa.

Perlembagaan tidak mengikat tangan Baginda.

Selanjutnya, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA mempunyai budibicara berperlembagaan sama ada Baginda ingin melakukannya.

Apabila Parlimen dibubarkan, negara ini mesti mengadakan pilihan raya lain.

Kebiasaannya, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA meninggalkannya kepada PM untuk menentukan bila PM ingin mengadakan pemilihan baru.

Tetapi perjuangan kuasa hujung minggu ini adalah ‘luar biasa.’

Ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Oleh itu, keadaan semasa menyebabkan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA tidak terikat untuk ‘mengikut’ sebarang amalan sebelumnya.

Bolehkah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA berkata, ‘Tidak’?

Jawapannya adalah Ya.

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA mempunyai kuasa tertentu di bawah Perlembagaan.

Di bawah Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh ‘bertindak mengikut budi bicara Baginda’ dalam melantik ‘perdana menteri.’

Oleh itu, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh menggunakan budi bicara sendiri mengenai siapa yang Baginda ingin melantik sebagai ‘perdana menteri seterusnya.’

Jadi itu memberi DYMM Seri Paduka Baginda YDPA kuasa untuk memutuskan siapa En. X.

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA juga mungkin mengatakan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk membubarkan kerajaan di bawah Perlembagaan melainkan terdapat undi tidak percaya di Parlimen.

Ini masih belum berlaku.

Namun begitu, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh menggunakan budi bicara dan masih memanggil pilihan raya baru.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jika lebih daripada 112 Ahli Parlimen mengundi kerajaan semasa, orang pertama yang akan disingkirkan ialah PM.

Adalah aneh jika PM sekarang muncul di Istana dan mengatakan beliau kini mempunyai senarai lebih daripada 112 ahli parlimen yang menyokongnya untuk pelantikannya sebagai PM.

Dalam senario sedemikian, DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh menggunakan budi bicara perlembagaan untuk menolak pelantikan seorang perdana menteri.

Atau DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh berkata, ‘Saya bersedia melantik Encik Y, jika beliau boleh mendapatkan majoriti.’

Selepas itu, apa?

Hujahan yang menentang adalah ini: Seri Paduka Baginda tidak mempunyai pilihan tetapi ‘mesti bertindak atas nasihat Perdana Menteri.’

“Jika itu betul, untuk ‘menasihati’ DYMM Seri Paduka Baginda YDPA, ‘penasihat’ mestilah ‘Perdana Menteri’.

Apakah mandat yang diberikan kepada pemimpin semasa dan PM pada Mei 2018?

Walaupun terdapat “gerrymandering”, sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-14 [dan tidak ada yang lupa: lihat di sini], perasaan rakyat semasa itu adalah ia tidak lagi mahu mempunyai kaitan dengan rejim sebelumnya, atau wakilnya.

Negara ini ingin menghentikan penyalahgunaan kuasa dan kleptokrasi.

Ia ingin mendakwa mereka yang telah rompak dan terus merompak sumber negara.

Untuk ‘mengubah’ kerajaan dengan cara ini, merupakan penentangan terhadap kehendak rakyat yang enggan dikuasai oleh unsur-unsur rejim sebelumnya – ini hanyalah penyalahgunaan undang-undang, dan eksploitasi bilangan: ini bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah memanggil pilihan raya. Dengan cara ini, negara boleh menentukan sendiri siapa yang harus mentadbirnya.

Wayang Kulit?

Walaupun eksploitasi bilangan boleh mengubah kerajaan, pilihan raya seterusnya tidak boleh ditangguhkan selama-lamanya.

Dan mereka yang mengundi akan mengetahui apa tujuan rakyat.

Terdapat ketakutan bahawa mana-mana kerajaan baru – yang mempunyai konstituensinya yang terdiri oleh Ahli Parlimen yang mana integriti mereka dipersoalkan, akan mengugurkan pendakwaan semua pesalah.

“Pendakwaan tersebut akan menjadi, dalam kata-kata dan perbuatan, hanya chimera, façade, dan wayang kulit.

‘Kulit’ akan menari dengan irama mengikut kehendak dalang utama.

Adakah perubahan kerajaan menjejaskan negara?

Ketidakpastian adalah buruk. Ia menggambarkan ketidakstabilan.

Pada tahun 1992, James Carville dilantik sebagai ahli strategi untuk Bill Clinton. Clinton berjaya menjadi Presiden terhadap penyandangnya, George Bush.

Carville mencipta frasa, ‘The economy, stupid.’

Apabila sebuah negara menjadi tidak stabil, dengan permainan berdasarkan nombor, ia akan menjejaskan ekonomi yang sudah runtuh.

Kerajaan sebegini mengusir pelabur. Ia memberi mesej yang salah.

Untuk menukar kerajaan pada peringkat ini – dengan cara ini – akan merosakkan ekonomi.

Kesannya, pengasingan rakyat dari pemimpinnya.

Apa selepas ini?

Kami akan melihat apa ahli parlimen yang terdesak and tidak begitu bijak akan melakukan dalam beberapa hari yang akan datang.

Tetapi ahli politik perlu ingat bahawa:

“Kami tidak meletakkan anggota parlimen di parlimen untuk bermain rolet Rusia dengan kerajaan kita, kehidupan kita dan masa depan anak-anak kita.

Banyak bergantung, juga, kepada DYMM Seri Paduka Baginda YDPA, dan bagaimana Baginda akan menjalankan budibicaranya.

Kami harap Baginda akan mengambil berat akan hati rakyat Baginda.

Kita mengetahui Baginda akan berbuat demikian.

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. JD Prabhkirat Singh, En. GS Saran dan Cik KP Kasturi untuk pertolongan mereka.]

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung