Adakah Darurat ini berperlembagaan?

Jawapannya adalah, ‘tidak’.

[1] Adakah kabinet mempunyai ‘majoriti’ untuk menasihati DYMM YDPA untuk mengisytiharkan Darurat?

Hanya kabinet yang sah boleh memberikan cadangan ini. Ini dinyatakan dalam Perkara 43(2) (a) Perlembagaan.

Kabinet hanya sah jika majoriti MP-MP menyokong Perdana Menteri.

Kenapa begitu? Di bawah perkara 43(2)(a), PM harus mendapat sokongan majoriti Parlimen.

Adakah beliau mempunyai sokongan majoriti? Pada pandangan saya, tidak.

Apakah maksud ‘majoriti’?

Mahkamah dalam beberapa kes telah memutuskan bahawa majoriti bermaksud 50% daripada MP-MP + satu.

Di Parlimen, majoriti adalah separuh daripada 222, iaitu 111 + 1 = 112

Pada 2 masa penting, PM tidak memperoleh sokongan majoriti 112.

Yang pertama adalah ketika Speaker parlimen dipecat pada 13 Julai 2020.

Kali kedua adalah pada 15 Disember 2020, ketika bajet ‘diluluskan’. Ia tidak diluluskan secara sah.

Pada kedua-dua masa tersebut, MP-MP kerajaan hanya memperoleh sokongan 111 MP-MP.

Itu kekurangan satu undi.

Ini bererti kabinet yang menasihati YDPA tidak memiliki ‘sokongan’ majoriti di bawah Perkara 43(2)(a).

[2] Peraturan Darurat menghancurkan struktur Perlembagaan dengan 5 cara:

[2.1] Ordinan Darurat 2021 mengatakan bahawa ia mengatasi ‘undang-undang bertulis’ termasuk perlembagaan.

Ini tidak betul, kerana hanya parlimen boleh membuat undang-undang. Ini dinyatakan dalam Perkara 44.

Kedua, Perlembagaan adalah ‘undang-undang tertinggi’ di bawah Perkara 4.

Walaupun Ordinan ini memiliki kekuatan yang sama dengan Akta Parlimen, ia tidak mengatasi Perlembagaan.

Perlembagaan mengatakan bahawa ia adalah undang-undang yang unggul.

Jadi, bagaimana Ordinan boleh menyatakan dirinya lebih unggul daripada Perlembagaan? Ordinan tersebut tidak berperlembagaan.

Peraturan tersebut menggunakan frasa ‘undang-undang bertulis’.

Perlembagaan mentafsir ‘undang-undang bertulis’ sebagai merangkumi Perlembagaan.

Ordinan ini meminda asas-asas Perlembagaan Persekutuan.

Itu tidak berperlembagaan. Ini juga dinyatakan oleh Mahkamah Agung India dalam kes Kesavananda Bharati yang diterima pakai oleh negara-negara commonwealth termasuk Malaysia. 

[2.2] prosedur persetujuan parlimen untuk Proklamasi kerajaan dan Ordinan wajib dibentangkan di parlimendalam Perkara 150(3) tetapi ini diketepikan

Parlimen boleh menyokong, mengubah atau menolak kedua-dua proklamasi dan Ordinan bagi pihak rakyat.

Dengan menangguhkan parlimen, kabinet telah mengetepikan prosedur perlembagaan ini.

Mahkamah Persekutuan dalam kes Lim Woon Chong & Anor v PP [1979] 264 mengatakan jika tidak diluluskan oleh parlimen maka tidak ada kuasa undang-undang dalam pengisytiharan tersebut.

Mahkamah Privy Council dalam kes Teh Cheng Poh lwn PP [1979] 1 MLJ 50 berpendapat bahawa YDPA hanya mempunyai kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada beliau.

Tanpa membentangkan proklamasi Darurat di parlimen, Kabinet tidak boleh meneruskan Darurat.

Ini mencabar Perlembagaan dan hak-hak MP-MP untuk membantah proklamasi.

[2.3] Ordinan Darurat mencabar Perlembagaan dengan menangguhkan persidangan parlimen selama-lamanya

Ini melanggar prasyarat perlembagaan.

Parlimen mengatur prosedurnya sendiri. Sekiranya terdapat Darurat yang nyata, Peraturan Parlimen membenarkan kabinet untuk memanggil sidang awal.

Kabinet boleh memanggil sesi Parlimen melalui aplikasi Zoom. Negara-negara lain melakukannya. Mengapa tidak kita? Ini aneh, bukan?

Tetapi Kabinet tidak berbuat demikian. Apakah maksud semua ini?

Kabinet mengatakan bahawa ada Darurat tetapi bersikap seolah-olah tidak ada Darurat.

[2.4] Hak untuk mengadakan Pilihan Raya setiap 5 tahun ‘dibatalkan’

Rakyat mempunyai hak dibawah perlembagaan untuk menukar kerajaan setiap 5 tahun.

Dengan membatalkan Perkara 55, Ordinan ini mengenepikan Perlembagaan.

Ini bermakna Darurat dapat berlangsung lebih lama daripada 5 tahun.

Peraturan tersebut menunjukkan bahawa niat Kabinet tidak betul.

[2.5] bahagian-bahagian penting perlembagaan telah ‘dipinda’ atau ‘dibatalkan

[3] Apakah penyelesaiannya? Terdapat tiga

Sekiranya tidak ada majoriti, PM dan seluruh kabinet harus meletakkan jawatan.

Kedua, jika YDPA menyedari bahawa PM tidak ada sokongan majoriti, YDPA boleh membatalkan beliau dari jawatan.

Ketiga, sesiapa yang terjejas oleh Darurat boleh membuat permohonan ke mahkamah untuk deklarasi bahawa tidak ada Darurat.

Sekiranya tidak, Mahkamah boleh memerintahkan Parlimen untuk bersidang semula.

Walau apa pun, itu pendapat saya.

 

You May Also Like

The Underfunded Excellence of Malaysian Government Hospitals and their overworked, dedicated Medical Staff

Can the Home Minister declare a 7-star hotel as a prison?

Do Malaysian non-Muslims have the fundamental right to worship?

Is the test for a stay of execution in personal injury cases, different?