Adakah mesyuarat Parlimen 18 Mei sah?

Jawapannya adalah Tidak. Inilah sebabnya.
Perdebatan mengenai isu undang-undang yang terperinci akan dibincangkan secara berasingan. Artikel ini hanya bertujuan untuk memberi penjelasan umum mengenai sistem Parlimen kita.

[1].  Model Westminster

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berdasarkan model Westminster. Asas demokrasi adalah konsep kedaulatan undang-undang (‘rule of law’).

Maksud asas kepada perkataan ‘Parlimen’ adalah perkataan French “Parler”, iaitu bercakap. Maka Parlimen adalah satu tempat di mana Ahli Parlimen (‘MP’) bercakap. Itu adalah tempat di mana hak untuk didengar diutamakan. Proses ini dilakukan melalui wakil rakyat yang dipilih, iaitu MP. MP melakukan ‘parley’ untuk rakyat.

Rakyat memilih 222 MP untuk mewakili mereka di Parlimen.

Selepas pilihan raya, seorang MP yang mendapat sokongan majoriti MP (112 MP), menghadap DYMM YDPA, dan menyakinkan Baginda bahawa MP tersebut mempunyai sokongan majoriti. Sekiranya berpuas hati, DYMM YDPA melantik MP itu sebagai Perdana Menteri (PM).1Perkara 40(2)(a): ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu: (a) melantik seorang Perdana Menteri…’

[2].  Perkara yang berlaku pada 23 Februari 2020 yang menjurus kepada 01 Mac

Pada 1 Mac, kem Muhyiddin mengambil alih pemerintahan dengan sokongan majoriti MP.

DYMM Seri Paduka Baginda YDPA, kerana berpuas hati bahawa Muhyiddin mendapat sokongan majoriti, melantik beliau sebagai PM ke-8.

[3].  Kekuatan kerajaan Muhyiddin belum diuji

Kekuatan pemerintahan PM Muhyiddin masih belum diuji di Parlimen. Ujian tersebut pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 09 Mac. Tetapi PM menangguhkan persidangan tersebut sehingga 18 Mei.

[4].  Kebaikan dan keburukan Covid-19 ke atas pimpinan kerajaan

Pandemik Covid-19 telah membawa baik dan buruk kepada PM ke-8.

[5].  Keburukkan

Prinsip utama demokrasi adalah: hanya Dewan Rakyat ada kuasa untuk  mengenakan cukai ke atas rakyat, dan memberikan – atau menahan – perbelanjaan Kerajaan.2 Perkara 96 Perlembagaan Persekutuan: ‘Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud Persekutuan kecuali melalui atau di bawah kuasa undang-undang persekutuan.’ dan Perkara 102 PP: ‘Parlimen mempunyai kuasa berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan— (a) sebelum lulus Rang Undang-Undang Perbekalan, untuk membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan bagi sebahagian tahun itu …’ 

Pandemik ini juga membataskan peluang PM untuk mempertingkatkan kekuatan beliau.

Kedua, dalam memerangi pandemik, PM terpaksa membelanjakan, atau menjanjikan pengeluaran – sejumlah besar wang. Perbelanjaan atau janji ini harus mendapatkan persetujuan parlimen.

Sekiranya kabinet, yang dipimpin oleh PM, tidak dapat memperoleh persetujuan parlimen untuk pembelanjaan tersebut, maka kerajaan terpaksa  meletak jawatan: lihat di sini.

Kelulusan tersebut mesti diperoleh dengan cepat. Hari terakhir untuk ini berlaku ialah 18 Jun 2020. Parlimen tidak boleh rehat lebih dari 5 bulan dan 29 hari.3 Perkara 55: ‘(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.  (2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.  (3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.  (4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.  (5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen. (7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4a) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.’

Walaubagaimanapun, boleh dihujahkan bahawa oleh kerana PM adalah ketua Dewan Rakyat, beliau boleh memutuskan bila Parliamen harus bersidang . Ini merupakan anggapan salah yang serius.

[6].  Ketua Dewan atau Ketua Mesyuarat?

PM adalah Ketua Majlis Mesyuarat4Peraturan 4a: ‘(1) Maka hendaklah ada seorang Ketua Majlis Mesyuarat dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Ketua Majlis, dan seorang Ketua Pembangkang’ dan (2) ‘Ketua Majlis Mesyuarat atau Timbalan Ketua Majlis Mesyuarat ertinya, berhubungan dengan Majlis Mesyuarat, ahli Majlis Mesyuarat yang sedang menjadi Ketua atau Timbalan Ketua Kerajaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.’

Benar bahawa sebagai Ketua Dewan, PM boleh meminta Tuan Yang di-Pertua untuk menunda mesyuarat [Peraturan 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat)]. Saya bependapat PM tidak boleh ‘menunda’ sesi parlimen: lihat di sini.

Namun PM tidak boleh mengawal proses atau prosiding di Parlimen. Jika ini berlaku ini akan melanggar konsep Pengasingan Kuasa, lihat di sini.

Oleh itu, PM tidak boleh mengatasi kuasa Speaker.

Itu harus dibezakan dengan kuasa PM sebagai Ketua Dewan (tetapi bukan ‘Master of the House’) (Perintah 11). PM boleh memohon mesyuarat Parlimen untuk dilanjutkan tetapi tidak boleh mengarahkan bagaimana ia dijalankan.

Ini bergantung kepada Speaker dan bukan PM. Mengapa begitu?

[7].  Siapa lebih berkuasa di Parlimen, PM atau Speaker?

Kerajaan berfungsi di bawah Parlimen: bukan sebaliknya. PM adalah ‘Ketua Dewan Rakyat’ (jangan mengelirukan konsep ini dengan ‘Master of the House’, yang merupakan Speaker).

Di Parlimen, Speaker mempunyai kuasa yang lebih tinggi daripada PM. Speaker mempunyai kuasa unggul di Dewan.5Peraturan 2(2) ‘Tuan Yang di-Pertua, sebaik-baik difikirkannya munasabah sesudah ia dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, maka bolehlah ditetapkannya kerusi bagi tiap-tiap orang ahli dan bolehlah diubahnya ketetapan itu dari satu masa ke satu masa sebagaimana yang baik pada timbangannya’, Peraturan 7.(4) ‘Bila-bila Majlis Mesyuarat bersidang sebagai Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat, termasuk Jawatankuasa Perbekalan, maka Tuan Yang di-Pertua atau ahli yang jadi Pengerusi menurut perenggan (1) atau (3) hendaklah jadi Pengerusi Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat;’ dan Peraturan 100. ‘Semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam Peraturan-peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan Peraturan-peraturan ini pada perkara satu persatunya, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan Peraturan-peraturan ini, sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa.’

Speaker adalah pegawai yang mengetuai prosiding di Dewan Rakyat.6Peraturan 7(1)

Beliaulah yang mempunyai kawalan keseluruhan di Dewan Rakyat.7Perintah 7

Beliau memutuskan penafsiran peraturan mesyuarat. Beliau mengesahkan undi dan prosiding,8peraturan 9(4) menyokong petisyen, menangguhkan persidangan Parlimen pada bila-bila masa,9peraturan 12 (3) dan memiliki kuasa tambahan yang luas10peraturan 100 dan bertanggungjawab untuk memastikan pematuhan peraturan mesyuarat.11peraturan 43

Speaker memutuskan agenda dan keputusan beliau adalah muktamad.12Perintah 42, 43, dan 99

[8].  Bilakah persidangan terakhir Parlimen?

Mesyuarat terakhir adalah pada 19 Disember 2019. Satu prinsip yang penting dalam Perlembagaan Persekutuan adalah: suara rakyat tidak boleh didiamkan lebih dari enam bulan.

Di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, hari terakhir bagi Parlimen untuk mengadakan Sidang ketiga adalah 18 Jun 2020.13Perkara 55: ‘(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.  (2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.  (3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.  (4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.  (5) Sesuatu Rang Undang-Undang yang belum diputuskan di dalam Parlimen tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan Parlimen. (7) Sesuatu Rang Undang-Undang yang menantikan perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah Fasal (4) atau Fasal (4a) Perkara 66 tidaklah terluput disebabkan oleh pemprorogan atau pembubaran Parlimen.’

[9].  18 langkah dalam Peraturan 14 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat

Kerja yang dijalankan di Parlimen digambarkan sebagai ‘urusan’. Urusan itu terdiri daripada 18 ‘transaksi’ yang disenaraikan dalam Perintah 14.

‘Urusan’ dan ‘transaksi’ adalah wajib dipatuhi ikut urutan, kurang fleksibel, kecuali jika majoriti memilih untuk menukar urutan urusan yang dibincangkan.14Peraturan 14.(1) ‘Urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain:  (a) Tuan Yang di-Pertua masuk ke dalam Dewan Mesyuarat dengan secaranya. …’)

[10].  Urusan Parlimen mesti ‘ditransaksikan’ dalam urutan berikut:

Pertama, Speaker masuk ke dalam Dewan secara rasmi.

Kemudian, Doa dibacakan.

Ketiga, jika ahli baru dipilih, beliau akan mengangkat sumpah di hadapan Speaker.

Keempat, DYMM YDPA membaca ‘pesanan’ daripada Baginda. Ucapan ini, biasanya menggariskan dan membentangkan agenda Kerajaan. Kita dapat melihat contohnya dari Mahkamah Agung United Kingdom dalam kes R (Miller) v The Prime Minister and Cherry v Advocate General for Scotland [2019] UKSC 41, di perenggan 59 penghakiman.15 https://www.gkg.legal/can-courts-stop-the-pm-from-suspending-parliament-part-1-of-2/

Perbahasan, dan selepas itu pengundian atas Agenda Kerajaan akan dijalankan.

Sekiranya undi tersebut tidak dapat meyakinkan Dewan, kerajaan mesti meletak jawatan.

[11].  Bil Pembekalan dan Kewangan memerlukan kelulusan

Semasa transaksi dijalankan, pada 18 Mei, Parlimen harus berdebat mengenai wang yang dibelanjakan semasa pandemik covid-19.

Wang hanya boleh dibelanjakan dengan keizinan Parlimen.16Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan Lihat juga.

Pandemik covid-19 memaksa kerajaan Muhyiddin membelanjakan sejumlah wang di Perbendaharaan. Ini telah memaksa PM untuk mendapatkan kebenaran parlimen untuk wang yang dibelanjakan.

Penangguhan memperolehi keizinan ini adalah bertentangan dengan kehendak rakyat.

Sekiranya parlimen gagal menyokong perbelanjaan tersebut, kerajaan terpaksa meletak jawatan.

[12].  Penangguhan selepas Ucapan DYMM YDPA

Kerajaan Muhyiddin telah menyatakan bahawa ia akan ‘menangguhkan urusan Parlimen’ setelah ucapan DYMM YDPA tamat.

Ianya bukan untuk PM untuk memberhentikan atau menangguhkan bilangan hari yang diperuntukkan untuk perbincangan, perbahasan, dan urusan Parlimen yang lain.

[13].  Adakah ia sah jika seluruh parlimen bangkit dengan satu suara, dan mengatakan ‘itulah cara kita akan melakukannya’?

Jawapannya adalah tidak.

Peraturan 14 membolehkan AP mengubah urutan urusan parlimen, tetapi tidak boleh menyatakan bahawa urusan Parlimen harus berhenti untuk hari itu.

Kita harus mempersoalkan: adakah ini melanggar semangat dasar kedaulatan undang-undang (‘Rule of Law’), niat di sebalik Perkara 55 dan peruntukan lain yang relevan di dalam Perlembagaan Persekutuan?

Jawapannya adalah, ‘Ya’. Mengapa?

[14].  Ucapan DYMM YDPA ‘tidak terjumlah kepada – Menjalankan urusan Parliamen’

Pertama, ucapan DYMM YDPA adalah formaliti perlembagaan. Perlembagaan  tidak menyatakan ucapan tersebut adalah ‘urusan’ Parlimen – ini bermaksud urusan Parlimen adalah perdebatan berkenaan hak rakyat .17Perkara 60: ‘Yang di-Pertuan Agong boleh bertitah kepada mana-mana satu Majlis Parlimen atau kedua-dua Majlis Parlimen bersesama.’

Kedua, sekiranya seseorang berhujah bahawa ucapan semata-mata memenuhi Perkara 55, ini terjumlah kepada kegagalan pematuhan niat di sebalik Perlembagaan. Tafsiran Perlembagaan secara salah akan menyebabkan Perlembagaan tersebut tidak dapat membantu rakyat yang dilindungi dalam peruntukkannya.

Peraturan 14 tidak bermaksud, hanya dengan pembacaan ucapan DYMM YDPA mengenai pembukaan sidang Parlimen baru dengan sendirinya, ini bererti itu terjumlah kepada satu ‘mesyuarat’ Parlimen.

Ketiga, Peraturan 14 membenarkan AP Dewan Rakyat mengubah susunan urusan Dewan, tetapi tidak menyatakan bahawa urusan Parlimen boleh dihentikan atau ditangguhkan.

[15].  Patutkah Parlimen mendiamkan suara rakyat yang memilihnya?

Suara Rakyat tidak akan didengar jika Kerajaan mendiamkannya.

Sekiranya penangguhan berlaku, maka tidak ada ‘mesyuarat’ Parlimen pada 18 Mei di bawah undang-undang.

[16].  Mengapa?

Sebarang perhimpunan AP pada 18 Mei tanpa mempertimbangkan urusan mengikut urutan di bawah peraturan 14, tidak boleh dianggap sebagai ‘mesyuarat’.

Sekiranya tidak ada ‘mesyuarat’ di bawah undang-undang, maka tidak ada ‘sesi’ di bawah Peraturan 90.

Peraturan 14 tidak akan dipatuhi.

Duli Yang Maha Mulia YDPA tidak harus diletakkan dalam kedudukan yang sukar ini.

[17].  Apakah cara penyelesaiannya?

Speaker adalah yang ulung dan mengawal prosedur Parlimen, beliau mesti meneruskan prosiding untuk mengatur ‘urusan’ Parlimen.

[18].  Adakah PM ke-8 sanggup diuji?

Kerajaan Muhyiddin belum menguji kekuatannya di Parlimen.

Pembangkang meminta kekuatan itu diuji dengan meminta usul “no confidence.”

Kerajaan Muhyiddin akan menghadapi ujian ini sekarang atau kelak.

Mengapa tidak cepat?

Terdapat 6 akibat:-

(a).   Berjaya dalam Undi  Keyakinan dan meneruskan pemerintahan;

(b).   Kalah dalam Undi  Keyakinan dan meletak jawatan;

(c).   Kalah kerana tidak mendapat sokongan untuk Bil Kewangan, dan letak jawatan;

(d).   Pihak YAB Muhyiddin berunding dengan pihak Pembangkang sebelum Usul Undi  Keyakinan dijadualkan;

(e).   Kemungkinan lain yang tidak diramalkan (seperti melompat parti); atau

(f).  Mengadakan pilihan raya secara segera.

[19].  Pandemik – masa yang luar biasa

Lebih daripada 10 juta pekerja, beribu-ribu majikan dan ekonomi negara sedang mengalami kesukaran. Inilah masanya untuk mengatasi masalah ini. Rakyat memerlukan bantuan.

 

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. GS Saran dan En. JD Prabhkirat Singh, untuk pertolongan mereka.]

You May Also Like

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

What are your Fundamental Rights?

Does the Speaker remain in office after the dissolution of Parliament?