Bolehkah Parlimen melantik seorang Perdana Menteri?

Tun Mahathir telah mengumumkan bahawa Parlimen boleh memilih seorang Perdana Menteri yang baru. Adakah kenyataan Tun sah dari segi undang-undang?

[Atikel ini diterbitkan pada 28 Feb 2020]

Langkah Pertama Tun Mahathir

Tun Mahathir, berikutan dengan perletakkan jawatan beliau pada 24 Februari, telah mengambil tiga langkah.

Langkah kedua beliau adalah tentang perjanjian kewangan (perjanjian fiskal). Langkah ketiga beliau tentang kesahihan Persidangan Khas Parlimen.

Kini, kita melihat langkah pertama beliau: Mahathir telah melakukan sedemikian setelah DYMM Seri Paduka Baginda YDPA telah menolak permohonan beliau untuk menubuhkan suatu ‘kerajaan gabungan’ secara tidak langsung.

Tun Mahathir telah membuat pengumuman bahawa Parlimen akan ‘memilih Perdana Menteri yang baharu’. Al-Jazeera telah menerbitkan.

Adakah ini sah? 

Tidak. Mengapa?

Segelintir peguamcara telah memberikan pendapat tentang perkara ini. Pendapat mereka hanya jelas kepada pihak-pihak yang berkhidmat dalam bidang perundangan.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk memberikan penjelasan mengapa

Hanya DYMM Seri Paduka Baginda YDPA boleh menamakan  Perdana Menteri

Kuasa untuk melantik Perdana Menteri bawah Perlembagaan berada di tangan DYMM Seri Paduka Baginda YDPA sahaja.

Perkataan-perkataan awal Perkara 43(1)(a) Perlembagaan mengesahkan perkara ini.

‘The [King] shall first appoint as [Prime Minister] … a member of the [Dewan Rakyat] who in the King’s judgement is likely to command the confidence of the majority of [the Dewan Rakyat]’.

Ini merupakan salah satu perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang paling relevan berkenaan perlantikan Perdana Menteri.

Anda dapat melihat secara jelas bahawa tiada sebarang catatan tentang ‘Perlantikkan Perdana Menteri oleh Parlimen.’

Tidak Berdasarkan Perlembagaan dan tidak wajar

Oleh itu, cadangan Tun Mahathir bukan sahaja tidak mengikut perlembagaan tetapi juga tidak wajar.

Tun Mahathir adalah ahli politik yang paling berpengalaman di negara ini

Sila lihat pengalaman Tun:-

Pada mulanya beliau telah menjadi seorang ahli parlimen 56 tahun dahulu dengan memenangi kawasan Pilihanraya Kotar Setar Selatan pada 1964.

44 tahun yang dahulu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Mac 1976.

Pada 1981, setelah Tun Hussein Onn telah meletak jawatan, Tun Mahathir telah dilantik sebagai Perdana Menteri: iatu 39 tahun dahulu.

Tun telah kekal sebagai Perdana Menteri selama lebih daripada 22 tahun. Beliau telah ‘bersara’ pada 2003, tetapi telah kembali, selepas tempoh selama 15 tahun, pada 2018, sebagai Perdana Menteri ke-7.

Bagaimanakah seorang yang berpengalaman  luas telah melakukan kesilapan yang sebegini besar?

Mengapakah perkara ini boleh berlaku?

Saya tidak boleh menjawab perkara ini: mungkin anda boleh fikirkan!

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. JD Prabhkirat Singh, En. GS Saran, Cik KP Kasturi dan Puan Sundari untuk pertolongan mereka.]

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung