Adakah kegagalan mengemukakan nama Speaker baru 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat satu kegagalan parah?

Adakah kegagalan mengemukakan nama Speaker baru 14 hari sebelum persidagan Dewan Rakyat satu kegagalan parah? Adakah kegagalan untuk mengemukakan nama speaker baru 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat merupakan satu perlanggaran undang-undang? Adakah kegagalan mengemukakan Yang di-Pertua Dato Mohamad Ariff bin Md Yusof kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam 14 hari membawa apa-apa kesan buruk?Jika tidak, […]

Adakah kegagalan mengemukakan nama Speaker baru 14 hari sebelum persidagan Dewan Rakyat satu kegagalan parah?

Adakah kegagalan untuk mengemukakan nama speaker baru 14 hari sebelum persidangan Dewan Rakyat merupakan satu perlanggaran undang-undang? Adakah kegagalan mengemukakan Yang di-Pertua Dato Mohamad Ariff bin Md Yusof kepada Setiausaha Dewan Rakyat dalam 14 hari membawa apa-apa kesan buruk?Jika tidak, tiada keperluan untuk bincang isu ini panjang lebar. Bagaimana jikalau ya?

Permulaan

Kita harus melihat kepada Peraturan Tetap Dewan Rakyat terlebih dahulu. Satu perintah yang dibuat dibawah Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan dalam erti kata lain peraturan tetap tersebut harus mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung dalam Artikel 62.

Artikel 62(1) Perlembagaan Persekutuan memperihalkan setiap Dewan Parlimen hendaklah mengawal selia prosedurnya sendiri. Ia bermakna Dewan Rakyat jika majoritinya bersetuju, mereka boleh melakukan apa yang mereka hendak. Tidak seorang pun boleh bercampur tangan; mahkamah mahupun pentadbiran. Setiap komponen kerajaan berfungsi seperti ini selaras dengan makna pemisahaan kuasa dan kedaulatan undang-undang.

Pemilihan Speaker

Apakah yang dinyatakan dalam peraturan tetap mengenai pemilihan speaker? Perintah 4 menyatakan setiap orang yang mencadangkan ahli Dewan untuk pemilihan sebagai Yang diPertua harus mengemukakan cadangannya secara bertulis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat.

Aduan pembangkang pula Setiausaha tidak diberitahu mengenai nama calon baru 14 hari sebelum Dewan Rakyat bersidang dan ini melanggar Perintah 4 Peraturan Tetap tersebut. Jadi pembangkang yang merupakan kerajaan terdahulu sebenarnya betul buat kali pertama, bukan? Sebab mereka betul, mereka berjalan keluar?

Kita juga mungkin tertanya mengapa Khairy Jamaluddin dan Anifah Aman pula tidak keluar dengan mereka yang berpengalaman? Tetapi sekali lagi geng Najib Razak tersalah arah.

Perintah 99A Perintah Tetap menyatakan apabila Dewan telah gagal dalam membuat keputusan kegagalan tersebut harus diambil kira sebagai ketidakaturan dan tidak boleh membatalkan prosiding atau keputusan yang dibuat daripada itu. Jadi kegagalan yang dikatakan oleh pembangkang sebenarnya merupakan satu ketidakaturan dan bukan satu ketidakpatuhan sebagaimana ditakrifkan dalam Perintah 99A.

Soalan seterusnya adakah Setiausaha Datuk Roosme Hamzah mengadu berlaku perlanggaran prosedur atau adakah beliau enggan menerima pencalonan? Jika tidak mengapa pembangkang harus menghebohkan Artikel  ini? Nampaknya Setiausaha berkata bahawa beliau telah menerima pencalonan pada 2 Julai 2018. Hari ini 16 Julai 2018. Berapakah jurang antara dua tarikh ini?

Sebagai alternatif kita mengganggap terdapat perlanggaran. Apa jadi? Kita harus faham bahawa Perintah 99A mampu membaiki apa-apa perlanggaran prosedur. Jadi dakwaan ini sebenarnya membaiki perlanggaran peraturan 4 dan kini tiada perlanggaran. Andai kata peraturan 99A tidak dapat digunakan, bagaimana dengan prinsip yang menyeluruh yang tertera dalam Artikel 62(1) Perlembagaan Persekutuan? Artikel 62(1) menyatakan Dewan hendaklah mengawal selia prosedurnya sendiri. Dewan telah memilih speaker jadi akhirnya isu ini.

Terdapat satu lagi peraturan dalam Perintah Tetap tersebut yang dilupakan oleh ahli pembangkang. Perintah 4(3) menyatakan jika Setiausaha hanya menerima cadangan seorang sebagai calon dan cadangan tersebut disokong maka Setiausaha harus mengisytiharkan calon tersebut sebagai Yang diPertua. Berapa ramai yang dicalonkan sebagai Yang diPertua? Hanya satu. Jika lebih daripada satu maka wujud

isu-isu yang boleh dipersoalkan. Kemudian bahagian kedua Peritah 4(3) akan digunakan yang mana menyatakan pemilihan calon secara berundi.

Oleh itu, tidak ada keperluan untuk menggunapakai bahagian kedua Perintah 4(3) tersebut. Cuma satu persoalan yang wujud bagi saya. Speaker adalah orang Melayu. Dia seorang Muslim. Dia berkelayakan tinggi. Kenapa Ahli Parlimen pembangkang berjalan keluar sebagai protes?

Jika mereka fikir bahawa pemilihan Speaker adalah tidak sah di sisi undang-undang, kenapa mereka berkumpul kembali, untuk bersumpah sebelum Speaker yang sama?

 

[Penterjemahaan oleh Sharvin Nair @ YS Dharan]

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?