Adakah penerimaan ICERD akan menggugat hak orang Melayu?

Apa itu ‘ICERD’? [Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum]? Adakah ia menjejaskan Hak Melayu yang ditegakkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan? Apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia? Meratifikasinya, atau menolaknya? Bagaimanakah negara-negara Muslim lain menangani isu ini? Teruskan membaca untuk mengetahuinya.

Masalah yang serius tercetus di Dewan Rakyat pada 19 November 2018 yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy, mula berhujah mengenai hasrat kerajaan Malaysia untuk meratifikasikan satu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (“PBB”). Ia dipanggil:-

Ini dipanggil sebagai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dikenali (“ICERD”)

Moorthy telah diberhentikan daripada meneruskan hujahan beliau dan Ahli Parlimen mula mengecam beliau.

Mereka mula menuduh beliau  sebagai  seorang ‘rasis’ dan ‘pembohong’.

Seterusnya, mereka mengatakan bahawa Moorthy ‘tidak mempunyai hak’ untuk bersuara mengenai isu ini disebabkan satu temuduga yang diberikan oleh Moorthy di Belanda kira-kira 10 tahun yang lalu.

Kemudian, Ahli Parlimen untuk Kepala Batas (BN), Reezal Merican bertanya kepada  Moorthy,

 ‘… samada terdapat  jangka masa untuk menghapuskan Artikel 153, kerana ada kemungkinan terdapat tekanan dari PBB untuk menghapuskannya pada masa akan datang? Ia melibatkan kontrak sosial kita. ‘

Kita boleh bertanya tiga soalan  kepada Reezal dan mereka yang mempunyai pendapat yang sama:-

Soalan-1: Bolehkah PBB ‘memberi tekanan’ kepada Malaysia untuk meminda Perlembagaannya?

Soalan-2: Adakah Ahli Pembangkang menentang Diskriminasi Perkauman dalam apa jua bentuk?

Soalan-3: Apa hak-hak yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan?

Apakah peranan Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan?

Pembantah-pembantah kepada ICERD berhujah bahawa, ia memusnahkan ‘kedudukan khas orang- orang Melayu’ di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Apakah kedudukan istimewa orang Melayu? Artikel ini akan membincangkan perkara tersebut kemudian.

Sejarah ringkas ICERD

Tajuk ICERD memberi makna langsung berkenaan fungsinya – ia merupakan satu Konvensyen Antarabangsa yang diwujudkan untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi.

Adalah penting untuk kita menyedari kepentingannya.

ICERD telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 Disember 1965. Ia mula berkuat kuasa pada 4 Januari 1969. Ini adalah empat bulan sebelum rusuhan 13 Mei 1969 di Malaysia.

Sebanyak 179 negara adalah anggota kepada ICERD. Setiap Negara Anggota PBB mempunyai pilihan: ia boleh membuat denouncement (menolaknya) atau meratifikasikannya. Ia juga boleh bersetuju dengan menyuarakan pengecualian ‘Ratification with reservation’).

Malaysia merupakan salah satu daripada empat belas negara yang tidak meratifikasi Konvensyen tersebut.

Mukadimah (“Preamble”) kepada ICERD

ICERD bermula dengan mukadimah berikut – dengan kesan bahawa: –

(1).  Piagam PBB adalah berdasarkan pada prinsip-prinsip martabat dan kesamarataan yang wujud di kalangan semua manusia;

(2).  semua negara anggota telah berjanji untuk mengambil … tindakan … untuk menjuangkan … penghormatan sejagat – dan pematuhan hak asasi manusia dan kebebasan asas untuk semua, tanpa membezakan bangsa, jantina, bahasa atau agama;

(3).  Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan mempunyai martabat dan hak yang sama;

(4).  semua individu berhak menerima semua hak dan kebebasan … tanpa diskriminasi dari segi apa-apa bentuk, khususnya berdasarkan bangsa, warna atau negara asal;

(5).  semua manusia adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk dilindungi undang-undang dari mana-mana diskriminasi;

(6).  sebarang doktrin keutamaan (superiority) berdasarkan perbezaan perkauman adalah palsu secara saintifik, tidak bermodal, tidak adil dan berbahaya secara sosial;

(7).  tidak ada justifikasi untuk diskriminasi kaum, secara teori atau secara praktikal di mana-mana tempat; dan

(8).  kewujudan halangan perkauman adalah bertentangan dengan  harapan asasi di kalangan masyarakat.

“Adakah ahli-ahli Pembangkang percaya bahawa terdapat apa-apa kesalahan dalam nilai-nilai di atas ?

Apakah yang dipersetujui oleh Negara-negara Anggota?

Selepas Mukadimah, Anggota ICERD bersetuju untuk membasmi Diskriminasi Kaum.

Jadi bagaimanakah ‘diskriminasi kaum’ ditakrifkan? Konvensyen mendefinisikan ‘Diskriminasi Kaum’ sebagai mana-mana …

‘perbezaan’, ‘pengecualian’, ‘sekatan’ atau ‘keutamaan’:

 ‘… berdasarkan bangsa, warna, keturunan, atau asal usul atau etnik yang mempunyai kesan membatalkan atau merosakkan pengiktirafan, kenikmatan atau menjalankan, pada hak kesamarataan yang sama (equal footing), hak asasi manusia dan kebebasan asas dalam politik, ekonomi, sosial , kebudayaan atau mana-mana bidang kehidupan awam lain.

Ini adalah petikan yang menarik kumpulan pro-Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Kumpulan ini tidak ‘membahaskan’ isu itu. Mereka menengking: sehingga Speaker terpaksa  mematikan mikrofon mereka.

Sekali lagi, kita bertanya, apakah ahli-ahli pembangkang tidak bersetuju dengan definisi ini?

Jawapan-1: Tiada resolusi PBB boleh memaksa Malaysia mengubah Perlembagaan Persekutuannya

Kita merupakan satu negara berdaulat. Tidak seorang pun dalam PBB boleh memaksa kita melakukan apa tanpa kehendak kita.

Jawapan-2:  Penolakkan (‘Denouncement’)

ICERD membenarkan mana-mana Pihak Negara untuk membuat denouncement Konvensyen tersebut. Malaysia tidak melakukannya selama 49 tahun.

Jawapan-3: Kedudukan Kerajaan Malaysia selepas PRU-14

Kerajaan telah bersetuju untuk memulakan rundingan untuk meratifikasikan Konvensyen tersebut, ia dijangka memohon pengecualian (‘reservation’).

Jawapan-4: Apakah pengecualian (‘reservation’) ICERD?

Setiap negara mempunyai hak untuk bersetuju, atau tidak bersetuju, dengan sebahagian atau kesemua konvensyen antarabangsa.

Ini dilakukan dengan membuat denouncement, atau dengan menuntut pengecualian (‘reservation’). Terdapat hak seperti itu dalam ICERD juga.

Di bawah Artikel 20, Negara Anggota boleh mengisytiharkan pengecualian (‘reservation’) – namun masih bersetuju, secara prinsipnya kepada ICERD.

Jawapan -5: Bagaimanakah negara-negara Islam yang lain berurusan dengan ICERD?

Mari kita lihat dua klausa dan bagaimana negara-negara tertentu telah mengendalikan perkara tersebut.

Perkara 4 (a) adalah sensitif.

Ia menyatakan bahawa:-

‘… mengutuk semua propaganda dan semua organisasi … berdasarkan … keunggulan satu bangsa … atau yang cuba untuk membenarkan atau mempromosikan kebencian kaum … [dan] berjanji untuk mengambil langkah segera … untuk membasmi [mereka] dengan mengisytiharkan idea tersebut sebagai suatu kesalahan’.

Australia tidak berkenan dengan perkara ini. Ia mengisytiharkan bahawa ia tidak akan menerima perkara yang diperkatakan oleh artikel 4 (a) sebagai satu ‘kesalahan’. Begitu juga dengan Jepun.

Satu lagi peruntukan yang sensitif adalah dalam Artikel 22. Sekiranya pihak-pihak kepada Konvensyen tidak boleh menyelesaikan pertikaian mereka dengan rundingan, maka pertikaian itu hendaklah ‘… dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk keputusan’.

Algeria memohon pengecualian terhadap Artikel 22. Ia enggan menerima apa-apa pertikaian dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antrabangsa. Alegeria juga tidak  mengiktiraf Negara Israel. China juga menimbulkan bantahan terhadap Artikel 22 , seperti India dan Iraq. Iraq, seperti Arab Saudi dan Lubnan, membuat pengecualian terhadap Artikel. 22, dan membantah sebarang pengiktirafan kepada Negara Israel. Lebanon, Mozambique, Syria, Yemen and Saudi Arabia kesemuanya menurutinya.

United Arab Emirates tidak menimbulkan bantahan  melalui Artikel 22, tetapi ia enggan mengiktiraf Israel.

Israel sendiri tidak berasa bahawa ia terikat dengan Artikel 22 ICERD.

Walau bagaimanapun, Morocco mengesahkan konvensyen tersebut.

Malah Amerika Syarikat menggunapakai pengecualian (‘reservation’)  terhadap ICERD. Ia menyatakan bahawa ia membantah sebarang peruntukan dalam Konvensyen yang melanggar Perlembagaan Amerika Syarikat.

Kita boleh melakukan perkara yang sama.

Sekarang kita kembali ke Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan-apakah yang dipelihara di bawahnya?

Selama 47 tahun tiada orang yang ingin menyoal berkenaan perkara ini. Pada masa itu Art.153 telah diubah dari peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kepada satu perlindungan bersifat ‘pagar elektrik’. Sekiranya anda menyentuhnya, anda akan terbakar.

Secara ringkasnya, Perkara 152, 153 dan 181 merupakan tindak balas Kerajaan 1971 terhadap rusuhan 13 Mei 1969. Parti pemerintah yang lalu memasukkan pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia dilakukan melalui pindaan kepada  Perlembagaan Persekutuan.

Di peringkat antarabangsa pindaan ini dikecam kerana tidak berperlembagaan, dan melanggar undang-undang asasi (Rule of Law).

Jadi apa yang dinyatakan oleh tiga perkara ini?

Perkara 153 dan 159 (5)

Titik permulaan untuk perbincangan mengenai isu ini bermula di dua tempat: satu ialah Artikel 153(1). Yang lain ialah Artikel 159.

Perkara 153 (1) menyatakan bahawa: –

‘153(1):  Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.’

Oleh itu Yang Di-Pertuan Agong juga harus melindungi warganegara bukan Melayu. Mereka merupakan “kaum-kaum lain”.

Kedua, Artikel 159(1) membenarkan Perlembagaan Persekutuan untuk dipinda melalui akta Parlimen yang biasa.

Walaubagaimanapun, di bawah Artikel 159(5) keizinan Majlis Raja-Raja diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan tiga perkara: –

(1).  ‘Bahasa Kebangsaan’: [Artikel 152];

(2).  perlindungan kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit untuk orang Melayu dan orang asli dan ‘perlindungan’ mereka di dalam ‘perkhidmatan awam’:[Artikel 153] dan;

(3).  ‘kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja … tidak akan terjejas’: [Artikel 181]

Jawapan-6: Perkara 153 hanyalah merupakan Langkah Perlindungan

Apabila anda melihat artikel-artikel yang menyebut ‘hak-hak warganegara berbangsa Melayu’ ini, anda akan perhatikan bagaimana mereka tidak memberi ‘hak yang lebih utama’ kepada orang Melayu.

Artikel-artikel ini telah digubal untuk ‘melindungi’ orang Melayu dan orang-orang di Sabah dan Sarawak, supaya mereka tidak akan ketinggalan.

Perkara ini boleh  difahami dan diterima secara sepenuhnya.

Semua jawapan di atas menunjukkan kepada kita bahawa kita boleh menerima ICERD tanpa masalah – walaupun kita mempunyai kesukaran menerima konsepnya.

Jawapan -7:  ICERD membenarkan Tindakan Sokongan

Konvensyen tersebut sendiri mempunyai Perkara 153 yang tersendirinya. Ia mengiktiraf ‘tindakan sokongan’ dengan memberikan ‘langkah khas’. Ini sama dengan langkah perlindungan  dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Inilah apa yang dikatakan oleh ICERD mengenainya: –

Special measures taken for the sole purpose of securing adequate advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring such protection … necessary … to ensure such groups’ … equal … exercise of human rights and fundamental freedoms shall not be deemed racial discrimination’.

Perhatikan perkataan-perkataan yang diserongkan di atas dan bandingkannya dengan  dengan perkataan-perkataan dalam Artikel 152, 153, dan 181 Perlembagaan Persekutuan di atas.

Perkara 1(4) Konvensyen tersebut kemudian menyatakan – yang mana ahli pembangkang membantah –

‘… provided, however, that such [Special] measures do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for different racial groups and that they shall not be continued after the objectives for which they were taken have been achieved.’

Maka tanyalah soalan-soalan berikut

Maksudnya adalah, tindakan sokongan mesti dihentikan  sekiranya objektif ‘Langkah Khas’  berjaya.

Sejak tahun 1971, kerajaan yang telah mengambil alih secara berturut-turut telah mengambil tindakan sokongan untuk menjaga kepentingan komuniti masyarakat yang lebih besar.

Adakah objektif Artikel 152, 153 dan 181 berjaya dicapai?

Sekiranya ‘Ya’, bolehkah ‘Status Istimewa’ dalam Perkara 153 dikeluarkan?

Sesetengah pakar Perlembagaan berpendapat bahawa peruntukan ini begitu termaktub di dalam perlembagaan sehingga peruntukan tersebut tidak boleh dikeluarkan.

Pihak lain menyatakan bahawa peruntukan dalam Perkara 152, 153 dan 181 menyinggung  ‘Fabrik Asas’ bagi peruntukan berkenaan Kesamarataan di bawah Perkara 5 (1), dan “Rule of Law”.

Kita perlu berdebat berkenaan perkara ini secara berasingan kemudian..

Namun, berapa lamakah yang kita perlukan, sebagai sebuah negara, untuk berpegang kepada ‘langkah-langkah perlindungan’ ini?

Itulah soalan yang lebih umum dan penting.

Siapakah yang akan menjawab soalan tersebut?

Walau bagaimanapun, yang penting, bolehkah ahli-ahli Pembangkang kita menjawab soalan berikut:

“Adakah Pembangkang dan setiap anggotanya secara  terbuka mengutuk  mengecam semua bentuk Diskriminasi Kaum?”

Ya atau Tidak?

Itu soalnya.

 

 

 

 

Pengarang mengucapkan penghargaan kepada Cik KN Geetha atas penyelidikkannya.

[Diterjemahkan oleh TM Thaya’

 

 

 

 

You May Also Like

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?

What are your Fundamental Rights?

Can a hospital, or a police station deny service based on a dress code?