Bolehkah Senator dipecat?

Artikel asal oleh: GK Ganesan Kasinathan; Penyunting: KN Geetha Terjemahan olehAlumni Fakulti Undang-Undang, UKM, SY Dharan Sharveen   Bolehkah Senator dipecat? Jawapannya ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’. Orang yang mengatakan ‘tidak’ sebenarnya merujuk Artikel 45(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tempoh ahli Dewan Negara tidaklah tersentuh dengan pembubaran Parlimen. Seseorang Senator boleh dilantik sebanyak 2 kali dan tempoh […]

Artikel asal oleh: GK Ganesan Kasinathan; Penyunting: KN Geetha

Terjemahan olehAlumni Fakulti Undang-Undang, UKM, SY Dharan Sharveen

 

Bolehkah Senator dipecat? Jawapannya ‘boleh’ dan ‘tidak boleh’.

Orang yang mengatakan ‘tidak’ sebenarnya merujuk Artikel 45(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan tempoh ahli Dewan Negara tidaklah tersentuh dengan pembubaran Parlimen. Seseorang Senator boleh dilantik sebanyak 2 kali dan tempoh perkhidmatan digandakan iaitu 6 tahun.

Prof Shad Saleem Faruqi menyatakan bahawa Senator dibawah naungan Perlembagaan sebelum ini tidak mempunyai kewajipan untuk meletakkan jawatannya atau bersara secara wajip. Ini hanya sah dalam keadaan pertama, jika Senator tidak terdiri daripada mana-mana parti dan kedua tidak merupakan calon pilihan raya yang gagal sebelum dilantik sebagai Senator.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram telah menyatakan bahawa senator harus mengundurkan diri jika mereka daripada kerajaan terdahulu dan tidak dapat kepercayaan rakyat.

Bagaimana jika terdapat alasan lain? Kalau kelayakkan individu diperiksa kebanyakkan Senator harus ‘balik’.

 Senator Raja/ Senator yang dilantik oleh Yang diPertuan Agong

40 Senator yang dilantik oleh Agong, perlu menyeberangi pencapaian tinggi. Artikel 45(2) mentakrifkan pencapaian. iaitu memberikanperkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapaikeunggulan dalam mana-mana bidang kepakaran, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan social.

Jadi jika seseorang doktor dipilih sebagai senator dan perkara atas harus diikuti. Begitu juga dengan peguam, jurutera, arkitek, atau juru ukur kuantiti. Calon-calon Senator harus mempunyai sifat-sifat memberikan ‘perkhidmatan awam yang cemerlang’ atau ‘mencapai keunggulan’ dalam enam bidang tersebut. Jika tidak, mereka harus mengundurkan diri. Tapi siapa berani?

Jika Agong mempunyai senarai Senator Raja yang tidak sepatutnya duduk dalam senat, bagi saya atas pertimbangannya, baginda boleh membuang Senator sedemikian. Ia pasti akan menjadi kontroversi dimana Agong ‘tidak boleh mengubah fikirannya’ sesuka hati. Sebaliknya, saya bersetuju. Tetapi dalam kes ini bolehkah Agong berbuat sedemikian?

Pertikaian ini amat sukar untuk difahami. Apabila sebarang kesilapan dibawa untuk perhatian Agong, Baginda harus bertindak untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Sekiranya perlu diubah, Baginda mesti mengubah atas nasihat Perdana Menteri. Ini tidak menggambarkan Agong menukar pendapatnya kerap tetapi harus disemak semula demi kepentingan negara.

Apa yang disyorkan oleh Suruhanjaya Reid pada tahun 1957?

Sehingga kini golongan senator telah disalahgunakan. Suruhanjaya berkata bahawa kuasa dewan tertinggi ‘…akan disemak semula dan melambatkan kuasa…’

Suruhanjaya berkata, [sepertimana dalam Artikel 45(2) Perlembagaan Persekutuan]

‘Kami tidak mengesyorkan bahawa Senat harus dipilih sepenuhnya kerana kami berpendapat bahawa … ia akan menjadi tidak ternilai untuk memiliki orang-orang Senat yang mungkin tidak bersedia untuk bertanding dalam pilihanraya tetapi yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada Persekutuan atau yang memiliki kelayakan khas … ‘: [Per. 62].

Penyalahgunaan kuasa Senat – berlepas dari tujuan asal

Kerajaan sebelum ini telah menganiyayakan peranan senator Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang mengubal mekanisem keseimbangan. Kerajaan terdahulu sering kali melantik senator yang jarang melepasi syarat-syarat Artikel 45(2) antaranya pintu belakang untuk perlantikan menteri-menteri.

Artikel 43(2)(b), 43A(1) dan 43B(1) digunakan sebagai alternatif tunggal untuk calon pilihan raya yang kalah, atau sebagai ganjaran politik. Ini menunjukkan mereka tidak mencapai tahap kemahiran yang diperlukan, dan ‘mencapai keunggulan’ dalam ‘perkhidmatan awam’.

Kategori ketiga – mereka yang mewakili kepentingan orang asli

Pemimpin yang mewakili kepentingan orang asli yang berbeza, atau minoriti kaum yang memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang sepatutnya telah dijadikan Senator. Jika kaum minoriti ini menolak Senator yang dilantik dibawah kategori ini kalah dalam pilihan raya, maka dia harus pergi.

Atas dasar apa Senator negeri dilantik?

Sebenarnya tidak jelas. Akan tetapi satu bentuk prosedur telah dibentangkan dalam Perlembagaan dalam Jadual Ketujuh. Jika berlaku kekosongan di Dewan Negara, Agong beri notis kepada Yang diPertua Negeri untuk memilih ahli, kemudian calon beri pernyataan bertulis untuk berkhidmat sebagai ahli Dewan Negeri sebelum mengisytiharkan calaon yang menang. Oleh kerana tidak ada satu kriteria tegas untuk penamaan Senator Negeri, prosedur ini disalahgunakan.

Apakah kualiti Senator Negeri?

Ujian yang perlu dalam pemilihan adalah Senator Negeri adalah sepertimana dalam Artikel 45(2) yang mana Agong dalam pendapatnya calon-calon telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang, atau telah mencapai keunggulan dalam enam bidang. Apa yang ada sekarang adalah satu sistem yang tidak saksama dimana pemilihan Senator Negeri mempunyai pra-syarat yang tinggi manakala Senator Negeri tidak. Jadi prinsip yang betul adalah semua Senator harus memenuhi pra-syarat dalam Artikel 45(2).

Keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Senator

Memandangkan tidak ada peraturan bagaimana senator perlu dilantik, semua orang naik ke kerusi Senat sesuka hati. Satu-satunya cara penambahbaikan boleh dilakukan adalah dengan penyertaan orang awam dalam proses pemilihan. Kita harus menubuhkan satu Suruhanjaya Pelantikan Senat di bawah undang-undang persekutuan, cth. Akta Pelantikan Senat. suruhanjaya itu mestilah yang dinyatakan dalam Artikel 45(2).

Wakil dari setiap negeri harus dari berbagai bidang dan kepakaran. Suruhanjaya setelah mengkaji, cadangkan dua senarai calon. Senarai pertama dihantar kepada Perdana Menteri dan Agong untuk pelantikan Senator Agong. Senarai kedua, setelah disenarai pendek mengemukakan nama mereka kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk mengundi.

Sekiranya prosedur ini diikuti, proses perlantikan senator akan menyeluruh.

Dengan cara ini, boleh kawal kualiti orang memasuki Senat.

 

 

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?