Bolehkah Seorang Hakim Meletakkan Jawatannya Dengan Satu Tarikh Terkemudian? Keanjalan Atau Keliatan

Artikel asal oleh: GK Ganesan Kasinathan; Penyunting: KN Geetha Terjemahan olehAlumni Fakulti Undang-Undang, UKM, SY Dharan Sharveen Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan (‘KHN’) dan Presiden Mahkamah Rayuan (‘PMR’) masing-masing telah menyerahkan surat perletakkan jawatan pada 7 Jun 2018.  Yang DiPertuan Agong telah menerima surat tersebut pada hari berikutnya. Difahamkan mereka (KHN & PMR) telah menyatakan […]

Artikel asal oleh: GK Ganesan Kasinathan; Penyunting: KN Geetha

Terjemahan olehAlumni Fakulti Undang-Undang, UKM, SY Dharan Sharveen

Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan (‘KHN’) dan Presiden Mahkamah Rayuan (‘PMR’) masing-masing telah menyerahkan surat perletakkan jawatan pada 7 Jun 2018.  Yang DiPertuan Agong telah menerima surat tersebut pada hari berikutnya. Difahamkan mereka (KHN & PMR) telah menyatakan sesuatu yang sama dalam surat perletakan jawatan mereka iaitu menganjalkan tarikh perletakkan jawatan pada 31.7.2018 dengan alasan yang boleh dikatakan ‘munasabah’.

Jika benar, ia kelihatan aneh.

Bolehkah mereka buat sedemikian?

Setiap hakim yang dilantik mempunyai satu tempoh yang selamat sepanjang menjadi seorang hakim. Selepas dilantik tidak ada seorang mahupun Agong boleh memberhentikan perkhidmatan seorang sebagai hakim [Artikel 125 (1), (9), Perlembagaan Persekutuan]. Ia bermakna hanya terdapat cara-cara yang terhad untuk memberhentikan seseorang hakim antaranya seseorang hakim dengan sendiri meletakkan jawatannya. Perlembagan Persekutuan kita telah menyatakan bagaimana cara ini boleh dilakukan: seorang hakim boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya secara bertulis dan menyerahkan kepada Agong [Artikel 125(1), (2) & (3) Perlembagaan Persekutuan]

Kajian yang mendalam telah mendedahkan satu perkara yang menarik iaitu Agong juga boleh meletakkan jawatannya, hairan? Perlembagaan Persekutuan kita menyatakan bagaimana seorang Agong boleh meletakkan jawatannya. Agong boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya secara bertulis kepada Majlis Raja-raja: [Artikel 32 (3)].

Bukankah kedua-dua perkataan sama, ‘boleh meletakkan jawatannya secara bertulis kepada orang atasan.’

Andai kata Agong berhasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Agong. Baginda telah menyerahkan surat perletakkan jawatan tetapi tidak mahu meletakkan jawatan serta-merta. Bolehkah Baginda menulis kepada Majlis Raja-Raja dan menyatakan bahawa Baginda akan pulang selepas beberapa bulan?

Bolehkah baginda bergantung kepada apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan? Apakah hasrat sebenar Artikel 125(2) or 32(3)?

Pada pandangan saya, perletakkan jawatan dengan satu tarikh terkemudian oleh Agong mahupun hakim menjadikan Perlembagaan Persekutuan kita keliatan.

Terdapat perbezaan antara keanjalan dan keliatan. Keanjalan bermaksud keupayaan sesuatu objek yang boleh kembali ke bentuk asal seperti getah atau spring. Keliatan pula bermaksud apabila wujud satu paksaan terhadap sesuatu objek, objek tersebut akan berubah bentuk fizikalnya selepas paksaan terhadap objek tersebut dilepaskan dan tidak akan kembali ke bentuk asalnya seperti wayar.

Perletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian sebenarnya mengubah aliran atau hasrat Perlembagaan Persekutuan. Jika Mahkamah menerima perletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian, ia akan membawa kepada kesan yang tidak diingini. Ia akan mengubah hasrat asal Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya menjadi liat dan ubah keadaanya. Ini menetapkan satu contoh yang buruk.

Andaikan seorang hakim yang ingin meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan tidak dapat bekerja. Jika sebegitu bolehkah hakim tersebut menyatakan kepada Agong, bahawa beliau buat masa sekarang kurang sihat dan akan memberi surat berhenti kerja. Jika beliau pulih akan sambung perkhidmatannya dan beri saya tempoh 2 bulan.

Adakah cara ini bersifat keanjalan atau keliatan.

Apakah hujahan mereka yang menyaman KHN dan PMR terutamanya Majlis Peguam Negara? Aduan Majlis Peguam Negara adalah perlantikkan KHN dan PMR adalah dengan cara pintas dalam Perlembagaan Persekutuan. Alasan lain adalah manipulasi yang menyalahi undang-undang terhadap Artikel 122(1A) iaitu perlantikan pertama bekas Perdana Menteri dan kedua Bekas Hakim Negara menyebabkan sesuatu yang tidak dimaksudkan untuk dilakukan dalam Perlembagaan. Di bawah Artikel 122 (1A), walaupun seorang hakim telah bersara, Agong ‘Bertindak atas nasihat’ (perhatikan apa yang berikut) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan … boleh melantik … untuk satu tempoh masa [Agong] ditentukan … Hakim Tambahan Persekutuan Mahkamah.

Secara teknikal, Agong boleh melantik Hakim Tambahan untuk berkhidmat selama 2 atau 5 atau 10 tahun atau lebih. Siapa boleh kata tidak? Bukan Majlis Raja-Raja dan bukan Rakyat. Bukankah ini menimbulkan satu kuasa yang tidak terkawal dalam menjalankan kuasa dibawah Perlembagaan? Itu sebabnya kuasa penggunaan Perlembagaan haruslah dibuat secara teliti tanpa mencederakan hasrat perlembagaan kerana sebarang kecederaan kepada perlembagaan akan memudaratkan rakyat.

Apakah perbezaan antara KHN dan Hakim Tambahan; Hakim Tambahan dan PMR?

KHN dan PMR mempunyai fungsi perlembagaan tertentu misal kata menasihat Agong dalam pemilihan hakim tertentu, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana mempunyai fungsi yang sama seperti hakim tambahan. Perkara ini tidak boleh dilakukan oleh Hakim Tambahan.

Majlis Peguam telah membangkitkan pelbagai aduan. Majlis Peguam telah menyatakan bahawa Hakim Negara yang sedia ada yang akan bersara tidak boleh mencadangkan Agong supaya melantik semula beliau sebagai Hakim Tambahan. Beliau tidak boleh menghadap Agong dan menyatakan ‘saya sekarang bertindak secara tidak berat sebelah dibawah Artikel 122 (1A). Saya mengesyorkan agar saya akan bersara dan melantik saya sebagai Hakim Tambahan. Kedudukan saya sebagai Hakim Negara akan tamat ketika saya bersara. Setelah saya menjadi Hakim Tambahan lantik saya sebagai Ketua Hakim’. Ini akan menjadi pengekalan diri dalam pejabatnya dan berlakunya Konflik dalam tugas. Jadi bolehkah Hakim Negara sedia ada yang akan bersara membuat sedemikan? Jawapannya TIDAK, kerana bekas KHN mencadangkan KHN semasa untuk dilantik sebagai Hakim Tambahan. Pada masa cadangan yang diberi boleh berkuatkuasa, KHN yang sebelum dan sekarang yang akan bersara telah pun tidak ada lagi dalam pejabatnya. Beliau tidak dalam posisi untuk ‘mengesyorkan’. Hujahan seterusnya apabila seseorang dilantik sebagai Hakim Tambahan Mahkamah Persekutuan, ‘ia harus menjadi orang lain selain KHN dan selain PMR.

Ini merupakan persoalan sebelum Mahkamah Persekutuan. Bukan kita untuk menentukan merit isu ini; itu adalah tugas Mahkamah Persekutuan. Kita tidak boleh membicangkan isu ini di awam kerana ia terjumlah kepada perlanggaran peraturan undang-undang.

Lihat kepada isu ini secara praktikal.

Mengapa kedua-dua KHN dan PMR, pegawai undang-undang tertinggi dalam negara, meletakkan jawatannya? Kita tidak boleh membaca minda mereka tetapi kita tahu perkara ini- mereka adalah orang tertinggi undang-undang. Mereka tidak akan meletakkan jawatannya sekirannya terdapat ketidakpatuhan undang-undang dalam perlantikan mereka. Seseorang tidak boleh melewatkan pemberhentian jawatan jika hak untuk meneruskan perkhidmatan tidak wujud. Apa yang menjadi tidak sah disisi undang-undang sejak awal ia akan berterus menjadi tidak sah sehingga akhir. Jika sebegitu, menganjakkan tarikh penamatan perkhidmatan sehari, sebulan atau setahun tidak membuat sebarang perubahan.

Walau bagaimanapun, bagi memberi keadilan kepada mereka, mereka juga ada menyatakan alasan yang boleh dikatakan munasabah- ‘kita perlu menyerahkan tugas-tugas tertentu kami’.  Apakah tugas tertentu tersebut? Adakah mereka akan membantu dalam penyerahan tugas yang lancar atau dalam pelantikan KHN dan PMR? Ia tidak perlu lagi. Hal ini kerana Majlis Penasihat Kerajaan [‘Council of Eminent Persons’]  dibantu oleh Jawatankuasa pembaharuan institusi [‘Committee for Institutional Reforms’]  dalam mencadangkan penyelesaian. Ini merupakan tugas mereka dalam memperbaharui institusi dibawah naungan kerajaan baru ini. Pemilihan KHN dan PMR juga salah satu daripadanya.

Kedudukan yang diambil oleh mereka sebenarnya mewujudkan kekaburan dan kekeliruan.

Kini PM kita mempunyai hak untuk merujuk soalan tersebut di Mahkamah Persekutuan [Artikel 128 (2)]. Sesungguhnya Agong juga boleh buat sedemikian secara sendiri [Perkara 130]. Mana-mana mereka boleh merujuk soalan sama ada hakim boleh menyerahkan surat letak jawatan dengan tarikh terkemudian?

Soalannya sekarang, dimanakah kes tersebut akan pergi? Ia akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang mana hakim-hakim yang akan mendengar kes ini adalah rakan sekerja KHN dan PMR. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan kini akan diminta untuk memutuskan sama ada perlantikan bosnya adalah sah. Mereka akan mendapati dirinya malu dan ini tidak boleh berlaku.

Ini juga akan mewujudkan satu teka-teki undang-undang; dia yang berminat hasilnya, tidak boleh duduk dalam penghakiman atasnya. Bukankah benar, hakim Mahkamah Persekutuan yang lain juga mempunyai kepentingan bagi soalan ini? Sebenarnya hakim Mahkamah Persekutuan tidak seharusnya dilibatkan dalam persoalan ini. Adalah dinasihatkan hakim yang hendak bersara harus bersara dengan segera.

Mungkin anda tertanya bagaimana dengan budaya koprat yang sering meletakkan jawatan dengan tarikh kemudian. Kita tidak harus keliru dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang pekerjaan. Ini kerana dalam budaya koprat itu adalah keperluan kontrak dan keperluan Perlembagaan adalah sangat berbeza.

Perlembagaan harus ditafsirkan dengan elemen-elemen Perlembagaan dan cara untuk mentafsirkan akta yang digubal oleh parlimen harus dibezakan dengan Perlembagaan Persekutuan kita. Perlembagaan harus ditafsirkan secara meluas apabila seseorang yang ada dalam kuasa hendak menyekat hak asasi. Sebaliknya ia ditafsirkan secara mendalam apabila seseorang yang ada dalam kuasa ingin meluaskan kuasa sendiri.

Ini yang sebenarnya berlaku dalam senario ini tapi mengapa? Jika kita menjawab soalan-soalan berikut kedudukannya akan menjadi jelas:

Adakah KHN dan PMR memegang kuasa? Ya, mereka adalah ketua dan timbalan yang berkuasa dalam salah satu cabang kerajaan iaitu Badan Kehakiman.

Adakah kuasa ini yang mereka cari untuk memberi manfaat kepada mereka secara peribadi? Jawapannya tidak boleh menjadi ‘Tidak’ kerana mereka berusaha untuk mengekalkan tempoh pejabat mereka untuk mengekalkan kuasa mereka.

Jadi bagaimanakah Perlembagaan harus ditafsirkan dalam situasi ini? Adakah Perlembagaan membenarkan mana-mana lantikan dibawah Perlembagaan seperti KHN dan PMR untuk meletakkan jawatan mereka dengan satu tarikh terkemudian? Perlembagaan kita senyap dalam isu ini.

Sebenarnya bagi isu ini jawapan selain daripada ‘tidak’ adalah melanggar peraturan Perlembagaan. Apa yang kita oleh merumuskan adalah dengan meletakkan jawatan dengan satu tarikh terkemudian, hakim-hakim sebenarnya menggunakan kuasa yang tidak diberikan kepada mereka.

Dalam kes Ong Ah Chuan v PP [1981], Majlis Privy Council memutuskan bahawa interprestasi Perlembagaan harus dimasukkan dengan prinsip undang-undang asas semula jadi. Jika ujian ini digunakan, soalan seterusnya adalah jika ada kes yang mencabar keesahan perlantikan mereka, adakah kelakuan meletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian memudaratkan prisip keadilan semulajadi?

Siapa yang akan berhujah Tidak? Mengapa mereka harus dibenarkan untuk menghabiskan masa dalam pejabat sedangkan perletakkan jawatan atau tidak langsung tidak dapat dipertimbangkan dalam undang-undang.

Ini merupakan keliatan yang dimaksudkan. Perletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian adalah tidak baik, tidak wajar dan tidak pernah didengari untuk meregangkan maksud asal Perlembagaan. Jika tafsiran regangan adalah betul, maka Perlembagaan kita selama-lamanya terpesong. Untuk membuat perkara ini betul kita memerlukan parlimen yang mempunyai majoriti, dua per tiga yang mana kita tidak mempunyai sekarang.

Jika perkara ini tidak diperbetulkan, dalam tahun yang akan datang semua akan merujuk kepada contoh ini. Mereka akan meletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian seolah-olah ia adalah hak menurut Perlembagaan. Satu isu Perlembagaan ini tidak boleh bawa isu yang lebih besar pada masa hadapan. Ia adalah seperti tanam bom di seberang jalan dalam negara- kita tidak seharusnya berbuat sedemikian.

Cadangan untuk penyelesaian isu ini adalah satu surat daripada Perdana Menteri kepada KHN dan PMR yang bakal keluar dengan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai hak Perlembagaan untuk meletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian. Seharusnya mereka harus keluar sekarang bukan semalam atau esok. Sebarang kelewatan adalah satu perlanggaran terhadap Perlembagaan.

 

 

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?