Keanjalan Atau Keliatan: Bolehkah Seorang Hakim Meletakkan Jawatan Dengan Satu Tarikh Terkemudian?

Artikel asal oleh: GK Ganesan Kasinathan; Penyunting: KN Geetha Terjemahan oleh: Alumni Fakulti Undang-Undang, UKM:- Sharvin Nair   Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan (KH) dan Presiden Mahkamah Rayuan (PMR) masing-masing telah menyerahkan surat perletakkan jawatan pada 7 Jun 2018 dan Yang Di Pertuan Agong telah menerima surat tersebut pada hari berikutnya. Difahamkan mereka (KH […]

Artikel asal oleh: GK Ganesan Kasinathan;

Penyunting: KN Geetha

Terjemahan oleh: Alumni Fakulti Undang-Undang, UKM:-

Sharvin Nair

 

Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Persekutuan (KH) dan Presiden Mahkamah Rayuan (PMR) masing-masing telah menyerahkan surat perletakkan jawatan pada 7 Jun 2018 dan Yang Di Pertuan Agong telah menerima surat tersebut pada hari berikutnya. Difahamkan mereka (KH & PMR) telah menyatakan sesuatu yang sama dalam surat perletakan jawatan mereka iaitu melanjutkan tarikh peletakkan jawatan pada 31.7.2018 dengan alasan yang boleh dikatakan ‘munasabah’.

Jika benar, ia kelihatan aneh. Bolehkah mereka memutuskan sedemikian?

Setiap hakim yang dilantik mempunyai satu tempoh yang dilindungi sepanjang menjadi seorang hakim. Selepas dilantik tidak ada seorang mahupun Yang Di Pertuan Agong boleh memberhentikan perkhidmatan seseorang sebagai hakim [Perkara 125 (1), (9), Perlembagaan Persekutuan]. Ia bermakna hanya terdapat cara-cara yang terhad untuk memberhentikan seseorang hakim antaranya seseorang hakim dengan sendiri meletakkan jawatannya. Perlembagan Persekutuan kita telah menyatakan bagaimana cara ini boleh dilakukan: seorang hakim boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya secara bertulis dan menyerahkan kepada Agong [Perkara 125(1), (2) & (3) Perlembagaan Persekutuan]

Kajian yang mendalam telah mendedahkan satu perkara yang menarik iaitu Yang Di Pertuan Agong juga boleh meletakkan jawatan. Perlembagaan Persekutuan kita menyatakan bagaimana seorang Yang Di Pertuan Agong boleh meletakkan jawatan. Baginda  boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan secara bertulis kepada Majlis Raja-raja: [Perkara 32(3)].

Bukankah kedua-dua perkataan sama, ‘boleh meletakkan jawatannya secara bertulis kepada orang atasan’

Andai kata Yang Di Pertuan Agong berhasrat untuk meletakkan jawatan, baginda telah menyerahkan surat meletak jawatan tetapi tidak mahu meletakkan jawatan serta-merta. Bolehkah Baginda menulis kepada Majlis Raja-Raja dan menyatakan bahawa Baginda akan pulang selepas beberapa bulan?

Bolehkah baginda bergantung kepada apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan? Apakah hasrat sebenar Perkara 125(2) or 32(3)?

Pada pandangan saya, peletakkan jawatan dengan satu tarikh terkemudian oleh Yang Di Pertuan Agong mahupun hakim menjadikan Perlembagaan Persekutuan kita dipengaruhi oleh keliatan.

Terdapat perbezaan antara keanjalan dan keliatan. Keanjalan bermaksud keupayaan sesuatu objek yang boleh kembali ke bentuk asal seperti getah atau spring. Keliatan pula bermaksud apabila wujud satu paksaan terhadap sesuatu objek, objek tersebut akan berubah bentuk fizikalnya selepas paksaan terhadap objek tersebut dilepaskan dan tidak akan kembali ke bentuk asalnya seperti wayar.

Perletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian sebenarnya mengubah aliran atau hasrat Perlembagaan Persekutuan. Jika Mahkamah menerima peletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian, ia akan membawa kepada kesan yang tidak diingini. Ia akan mengubah hasrat asal Perlembagaan Persekutuan dan seterusnya menjadi liat dan mengubah keadaanya. Ini menetapkan satu contoh yang buruk atau parah.

Andaikan seorang hakim yang ingin meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan tidak dapat bekerja. Jika sebegitu bolehkah hakim tersebut menyatakan kepada Yang Di Pertuan Agong, bahawa beliau buat masa sekarang kurang sihat dan akan memberi surat berhenti kerja. Jika beliau pulih, beliau akan sambung perkhidmatannya dan diharapkan Yang Di Pertuan Agong memberi beliau tempoh 2 bulan.

Adakah cara ini bersifat keanjalan atau keliatan.

Apakah hujahan mereka yang menyaman KH dan PMR terutamanya Majlis Peguam Negara?  Aduan Majlis Peguam Negara adalah perlantikkan KH dan PMR adalah dengan cara pintas dalam Perlembagaan Persekutuan. Alasan lain adalah manipulasi yang menyalahi undang-undang terhadap Perkara 122(1A) iaitu perlantikan pertama bekas Perdana Menteri dan kedua Bekas Hakim Negara menyebabkan sesuatu yang tidak dimaksudkan untuk dilakukan dalam Perlembagaan. Di bawah Perkara 122(1A), walaupun seorang hakim telah bersara, Yang Di Pertuan Agong ‘Bertindak atas nasihat’ (perhatikan frasa berikut) Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan … boleh melantik … untuk satu tempoh masa [Yang Di Pertuan Agong] ditentukan … Hakim Tambahan Persekutuan Mahkamah.

Secara teknikal, Agong boleh melantik Hakim Tambahan untuk berkhidmat selama 2 atau 5 atau 10 tahun atau lebih. Siapa boleh menafikannya? Bukan Majlis Raja-Raja dan bukan Rakyat. Bukankah ini menimbulkan satu kuasa yang tidak terkawal dalam menjalankan kuasa dibawah Perlembagaan? Itu sebabnya kuasa penggunaan Perlembagaan haruslah dibuat secara teliti tanpa mencederakan hasrat perlembagaan kerana sebarang kecederaan kepada perlembagaan akan memudaratkan rakyat.

Apakah perbezaan antara KH dan Hakim Tambahan; Hakim Tambahan dan PMR?

KH dan PMR mempunyai fungsi perlembagaan tertentu misalnya menasihat Yang Di Pertuan Agong dalam pemilihan hakim tertentu, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mana mempunyai fungsi yang sama seperti hakim tambahan. Perkara ini tidak boleh dilakukan oleh Hakim Tambahan.

Majlis Peguam telah membangkitkan pelbagai aduan. Majlis Peguam telah menyatakan bahawa Ketua Hakim Negara yang sedia ada yang akan bersara tidak boleh mencadangkan kepada  Yang Di Pertuan Agong supaya melantik semula beliau sebagai Hakim Tambahan. Beliau tidak boleh menghadap Yang Di Pertuan Agong dan menyatakan ‘saya sekarang bertindak secara tidak berat sebelah dibawah Perkara 122 (1A). Saya mengesyorkan agar saya akan bersara dan memohon agar saya dilantik sebagai Hakim Tambahan. Kedudukan saya sebagai Hakim Negara akan tamat ketika saya bersara. Setelah saya menjadi Hakim Tambahan, lantik saya sebagai Ketua Hakim’. Ini akan menjadi pengekalan diri dalam pejabatnya dan berlakunya konflik dalam tugas. Jadi bolehkah Hakim Negara sedia ada yang akan bersara membuat sedemikan? Jawapannya TIDAK, kerana bekas KH mencadangkan KH semasa untuk dilantik sebagai Hakim Tambahan. Pada masa cadangan yang diberi boleh berkuatkuasa, KH yang sebelum dan sekarang yang akan bersara telah pun tidak ada lagi dalam pejabatnya. Beliau tidak berada dalam posisi untuk ‘mengesyorkan’. Hujahan seterusnya apabila seseorang dilantik sebagai Hakim Tambahan Mahkamah Persekutuan, ‘ia harus menjadi orang lain selain KH dan selain PMR.

Ini merupakan persoalan yang dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Kita tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan merit isu ini; itu adalah tugas Mahkamah Persekutuan. Kita tidak boleh membicangkan isu ini di kalangan orang awam kerana ia terjumlah kepada perlanggaran peraturan undang-undang.

Kita harus melihat isu ini secara praktikal.

Mengapa kedua-dua KH dan PMR, pegawai undang-undang tertinggi dalam negara, meletakkan jawatannya? Kita tidak boleh membaca minda mereka tetapi kita tahu perkara ini- mereka adalah orang tertinggi undang-undang. Sesungguhnya mereka tidak akan meletakkan jawatan sekirannya tidak terdapat ketidakpatuhan undang-undang dalam perlantikan mereka. Seseorang tidak boleh melewatkan peletakkan jawatan jika hak untuk meneruskan perkhidmatan tidak wujud. Apa yang menjadi tidak sah di sisi undang-undang sejak awal ia akan berterus menjadi tidak sah sehingga akhir. Jika sebegitu, melanjutkan tarikh penamatan perkhidmatan sehari, sebulan atau setahun tidak membuat sebarang perubahan.

Walaubagaimanapun, bagi memberi keadilan kepada mereka, mereka juga  menyatakan alasan yang boleh dikatakan munasabah- ‘kita perlu menyerahkan tugas-tugas tertentu kami’.  Apakah tugas tertentu tersebut? Adakah mereka akan membantu dalam penyerahan tugas yang lancar atau dalam pelantikan KH dan PMR? – perkara ini tidak diperlukan lagi. Hal ini kerana ‘council of Eminent person’ dibantu oleh ‘Committee for Institutional Reforms’ dalam mencadangkan penyelesaian. Ini merupakan tugas mereka dalam memperbaharui institusi di bawah pengawalseliaan kerajaan baru ini. Pemilihan KH dan PMR juga merupakan salah satu daripadanya.

Kedudukan yang diambil oleh mereka sebenarnya mewujudkan kekaburan atau kekeliruan.

Kini PM kita mempunyai hak untuk merujuk soalan tersebut ke Mahkamah Persekutuan [Perkara 128(2)]. Sesungguhnya Yang Di Pertuan Agong juga boleh buat sedemikian [Perkara 130]. Mana-mana mereka boleh merujuk soalan sama ada hakim boleh menyerahkan surat letak jawatan dengan tarikh terkemudian?

Soalannya sekarang, ke manakah kes tersebut akan pergi? Perkara ini akan pergi ke Mahkamah Persekutuan yang mana hakim-hakim yang akan mendengar kes ini adalah rakan sekerja KH dan PMR. Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan kini akan diminta untuk memutuskan sama ada perlantikan pegawai atasannya adalah sah. Mereka akan mendapati diri mereka dalam kedudukan serba salah dan ini tidak boleh berlaku.

Ini juga akan mewujudkan satu persoalan undang-undang; seseorang yang bermanfaat daripada hasilnya, tidak boleh duduk dalam kedudukan yang membuat keputusan. Bukankah benar, hakim Mahkamah Persekutuan yang lain juga mempunyai kepentingan bagi soalan ini? Sebenarnya hakim Mahkamah Persekutuan tidak seharusnya dilibatkan dalam persoalan ini. Adalah dinasihatkan hakim yang hendak bersara harus bersara dengan segera.

Mungkin anda tertanya bagaimana dengan budaya korporat yang sering meletakkan jawatan dengan tarikh kemudian. Kita tidak harus keliru dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang pekerjaan. Ini kerana dalam budaya korporat itu adalah keperluan kontrak dan keperluan Perlembagaan adalah sangat berbeza.

Perlembagaan harus ditafsirkan dengan elemen-elemen Perlembagaan dan cara untuk mentafsirkan akta yang digubal oleh parlimen harus dibezakan dengan Perlembagaan Persekutuan kita. Perlembagaan harus ditafsirkan secara meluas apabila seseorang yang ada dalam kuasa hendak menyekat hak asasi. Sebaliknya ia ditafsirkan secara sempit apabila seseorang yang ada dalam kuasa ingin meluaskan kuasa sendiri.

Ini yang sebenarnya berlaku dalam senario ini tapi mengapa? Jika kita menjawab soalan-soalan berikut kedudukannya akan menjadi jelas:

Adakah KH dan PMR memegang kuasa? Ya, mereka adalah ketua dan timbalan yang berkuasa dalam salah satu cabang kerajaan – iaitu Badan Kehakiman.

Adakah kuasa yang mereka ingin laksanakan memberi manfaat kepada mereka secara peribadi? Jawapannya tidak boleh menjadi ‘Tidak’ kerana mereka berusaha untuk mengekalkan tempoh pejabat mereka untuk mengekalkan kuasa mereka.

Jadi bagaimanakah Perlembagaan harus ditafsirkan dalam situasi ini? Adakah Perlembagaan membenarkan mana-mana lantikan dibawah Perlembagaan seperti KH dan PMR untuk meletakkan jawatan mereka dengan satu tarikh terkemudian? Perlembagaan kita senyap dalam isu ini.

Sebenarnya bagi isu ini, mana-mana jawapan selain daripada ‘tidak’ adalah melanggar peraturan Perlembagaan. Apa yang kita boleh rumuskan adalah dengan meletakkan jawatan dengan satu tarikh terkemudian, hakim-hakim sebenarnya menggunakan kuasa yang tidak diberikan secara langsung kepada mereka.

Pada tahun 1981, dalam kes Ong Ah Chuan v PP [1981], Privy Council telah memutuskan bahawa tafsiran Perlembagaan harus mengambilkira prinsip undang-undang asasi. Sekiranya ujian ini digunakan, soalan seterusnya adalah ‘Di mana terdapat kes yang mencabar keesahan perlantikan mereka, adakah kelakuan meletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian memudaratkan prinsip keadilan asasi?’

Siapa yang akan berhujah bahawa jawapan kepada persoalan tersebut adalah negatif?

Mengapa mereka harus dibenarkan untuk menghabiskan masa dalam pejabat sedangkan perletakkan jawatan atau tidak langsung tidak dapat dipertimbangkan dalam undang-undang.

Ini merupakan keliatan yang dimaksudkan. Perletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian adalah tidak wajar dan terjumlah kepada merenggangkan maksud asal Perlembagaan. Jika tafsiran regangan adalah betul, maka Perlembagaan kita selama-lamanya terpesong. Bagi memperbetulkan perkara ini, kita memerlukan parlimen yang mempunyai majoriti dua per tiga – yang mana kita tidak mempunyai sekarang.

Jika tidak diperbetulkan, perkara ini akan menjadi contoh pada masa yang akan datang. Pihak yang menjadikan ini sebagai contoh akan meletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian seolah-olah ia adalah hak menurut Perlembagaan. Satu isu Perlembagaan ini tidak harus dibawa kepada isu yang lebih besar pada masa hadapan. Ia adalah seperti  menyediakan tanda-tanda bahaya yang boleh timbul masa hadapan – kita tidak seharusnya berbuat sedemikian.

Adalah dicadangkan bahawa penyelesaian untuk isu ini adalah satu surat daripada Perdana Menteri kepada KH dan PMR yang bakal keluar dengan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai hak Perlembagaan untuk meletakkan jawatan dengan tarikh terkemudian. Seharusnya mereka harus keluar dengan segera, tanpa melengahkan masa. Sebarang kelewatan terjumlah kepada satu perlanggaran terhadap Perlembagaan.

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?