Malaysia mempunyai dua Ketua Hakim?

Malaysia mempunyai dua Ketua Hakim Negara? Dalam artikel bertarikh 13.07.2018, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid mengatakan bahawa daripada jam 9:30pm pada 11.07.2018 sehingga tengah malam pada 31.07.2018 Malaysia mempunyai dua Ketua Hakim. Adakah beliau betul dalam mengatakan sedemikan? Apabila Yang di-Pertuan Agong (‘YDPA’) menerima peletakan jawatan Ketua Hakim Negara (‘KHN’) dan Presiden Mahkamah […]

Malaysia mempunyai dua Ketua Hakim Negara?

Dalam artikel bertarikh 13.07.2018, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid mengatakan bahawa daripada jam 9:30pm pada 11.07.2018 sehingga tengah malam pada 31.07.2018 Malaysia mempunyai dua Ketua Hakim. Adakah beliau betul dalam mengatakan sedemikan?

Apabila Yang di-Pertuan Agong (‘YDPA’) menerima peletakan jawatan Ketua Hakim Negara (‘KHN’) dan Presiden Mahkamah Rayuan (‘PMR’) pada 08.06.2018, secara automatik peranan mereka sebagai KHN dan PMR tamat serta merta.

YDPA tidak melanjutkan tempoh pelantikan mereka sehingga 31 Julai, 2018-walaupun mereka meminta pelanjutan tersebut. Pelanjutan tersebut tidak diberikan kerana YDPA tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Malaysia.

Mengikut undang-undang, jawatan KHN telah lama kosong sebelum Tan Sri Richard Malanjum dilantik sebagai KHN yang baru.

Keputusan YDPA untuk melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai KHN, dan Tan Sri Ahmad Maarop sebagai PMR jelas menunjukkan bahawa YDPA secara tersirat telah menolak kedua-dua bekas KHN dan PMR ini.

Oleh itu pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai KHN adalah sah di bawah undang-undang. Begitu juga pelantikan Tan Sri Ahmad Maarop sebagai PMR.

Oleh itu, dalam pandangan saya, apa yang dikatakan oleh bekas KHN adalah tidak betul apabila dia berkata bahawa ‘sekarang terdapat dua Ketua Hakim Negara’.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut …

Bekas KHN telah membangkitkan beberapa soalan berhubung pelantikan Tan Sri Richard Malanjum.

Bolehkah, Tan Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai KHN yang baru ketika Tan Sri Md Raus Sharif tidak mengosongkan jawatannya lagi.

Bila, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman di mana peranannya adalah berkaitan dengan ‘pelantikan hakim mahkamah atasan’ di bawah undang-undang Malaysia memutuskan untuk melantik Tan Sri Richard Malanjum sebagai KHN?

Sebab pertama: peletakkan jawatan bekas KHN & PMR berkuatkuasa serta merta

Bekas KHN menganggap bahawa peletakan jawatan post-dated oleh bekas KHN dan PMR, Tun Raus Sharif dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 07.06.2018 adalah sah.

Persoalannya di sini adalah sama ada Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada dua orang ini untuk meletakkan jawatan melalui cara post-dated?

Artikel 125(2) adalah jelas bahawa jika seorang hakim memutuskan untuk meletak jawatan, dan menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada YDPA, dan seterusnya Yang diPertuan Agong menerima perletakkan jawatan tersebut, maka peletakan jawatan sedemikian berkuat kuasa pada tarikh Yang di-Pertuan Agong menerimanya iaitu pada 08.06.2018.

Tidak ada kuasa dalam Perlembagaan dimana KHN dan PMR boleh memilih Tarikh keluar daripada jawatan mereka.

Sebab kedua: undang-undang pekerjaan tidak boleh dikelirukan dengan undang-undang Perlembagaan

Tun Abdul Hamid menyatakan bahawa proses ‘garden leave’ adalah tidak terpakai kepada KHN. (Nota: ‘garden leave’ merupakan cuti yang diberikan kepada seseorang di bawah notis pemberhentian kerja menunggu untuk tempoh notis berakhir) 

Seseorang tidak patut terkeliru dengan undang-undang pekerja/buruh dengan undang-undang Perlembagaan. Ia adalah berbeza. Pekerja meletak jawatan kerana ia merupakan syarat dalam kontrak pekerjaan mereka. Manakala tidak ada keperluan kontrak tual dalam Perlembagaan apabila ia berkaitan dengan KHN.

Ini membawa kepada persoalan seterusnya: bagaimanakah Perlembagaan diterjemahkan apabila terdapat isu ‘Dua KHN’?

Sebab ketiga: penafsiran Perlembagaan mesti dilakukan berasaskan prinsip keadilan asasi / sejagat.

Dua perkara timbul daripada penerapan prinsip ini, Pertama, Majlis Peguam telah menyaman bekas KHN dan PMR. Majlis Peguam mengatakan bahawa pelantikan mereka adalah tidak sah dan meminta Mahkamah Persekutuan untuk memutuskannya. Kes masih diteruskan di Mahkamah.

Persoalan-persoalan yang timbul dari keadaan ini ialah; Adakah bekas KHN dan PMR merupakan orang yang memegang kuasa? Jawapannya; Ya, bekas KHN dan PMR, pada masa peletakan jawatan mereka, kedua-dua mereka merupakan seorang ketua dan timbalan ketua bagi salah satu cabang kerajaan, iaitu, Badan Kehakiman.

Persoalan seterusnya lebih jelas; Adakah KHN dan PMR cuba menggunakan kuasa Perlembagaan untuk mengekalkan tempoh pejabat mereka dan juga kuasa mereka? – Tidak mungkin ada yang memberikan jawapan ‘Tidak’ bagi persoalan ini.

Seterusnya, dengan menjalankan kuasa Perlembagaan yang tidak wujud adakah mereka mempunyai manfaat secara peribadi?

Jadi, tidakkah peletakan jawatan secara ‘post-dated’, bekas KHN dan PMR telah memudaratkan prinsip keadilan asasi/sejagat?

Jadi, apa yang dikatakan oleh bekas KHN itu tidak boleh menjadi sesuatu yang betul.

Adakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman perlu dirujuk?

Jawapannya, Tidak, Pertama kerana di bawah Perlembagaan, Perdana Menteri (‘PM’) tidak semestinya menerima cadangan daripada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Perlembagaan jelas menyatakan bahawa, KHN dan PMR dilantik oleh YDPA bertindak atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Kedua, apabila bekas KHN dan PMR meletak jawatan mereka secara automatik jawatan tersebut adalah kosong, tetapi Suruhanjaya memerlukan Pengerusi mesyuarat yang terdiri daripada KHN atau PMR. Bagaimana Suruhanjaya tersebut boleh berfungsi untuk membuat  saranan pelantikan KHN baru jika tiada Pengerusi?

Apa yang berlaku pada 08.06.2018? Kedua-dua KHN dan PMR meletak jawatan daripada pejabat masing-masing. Keduanya telah mengosongkan jawatan mereka.

Prinsip keperluan (‘Necessity’)

Jadi, PM baru kita Tun Dr Mahathir mempunyai badan Kehakiman yang telah kehilangan dua pemimpinnya. Jadi apa yang boleh dilakukan oleh beliau?

Di bawah undang-undang di bawah prinsip keperluan, pemimpin negara boleh bertindak di luar batasan undang-undang selagi ia memberi faedah yang terbaik kepada negara.

YDPA sendiri melihat keperluan untuk melantik KHN dan PMR yang baru mulai 11.07.2018, menunjukkan bahawa YDPA dan PM bertindak di bawah prinsip ini.

Kesimpulannya, Pejabat Ketua Hakim Negara itu lama telah sebelum Tan Sri Richard Malanjum telah dilantik sebagai KHN. Oleh itu, pelantikannya sebagai KHN, oleh itu, adalah sah. Begitu juga pelantikan Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan.

 

Penterjemahan oleh Thayalan Moorthy @ TM Thaya

 

 

You May Also Like

Is the King’s power to grant a pardon, ‘personal’ and ‘absolute’?

THE RISE AND RISE OF THE ASIAN INTERNATIONAL ARBITRATION CENTRE

The Gopal Sri Ram I knew

Why do Malaysian Ministers refuse to go on leave, or better still, resign, when their character in public office is called into question?