Adakah Pekerja Perkhidmatan Perlu (‘Essential Services’) harus dibayar ‘gaji berganda’?

Jawapannya adalah ‘Tidak’. Tetapi Kerajaan boleh mengubah keadaan ini. Adakah kerajaan akan berbuat demikian? Atau adakah Kerajaan akan menyuruh kita menggunapakai dari akaun KWSP?

[Artikel ini adalah hasil usahasama En. VK Raj dan GK Ganesan]

Kepada mereka yang bekerja keras pada setiap hari, menderita tanpa tidur atau rehat yang mencukupi, kami mengutarakan soalan-soalan ini:

Bukankah Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Perlu (‘Esssential  Services Workers’) harus dibayar gaji berganda? 

Bagaimana pula dengan mereka yang telah dipaksa untuk bekerja semasa tempoh ‘lockdown’? 

Adakah tempoh PKP (‘MCO’) boleh dianggap sebagai tempoh bercuti?

Jawapannya ialah ‘Tidak’

Tempoh PKP bukanlah suatu ‘percutian’ atas dua alasan:

(a)     ia bukanlah suatu cuti umum yang diwartakan; dan

(b)     kerajaan belum – sehingga kini –mengisytiharkan sedemikian- kita fikir ia sepatutnya dilakukan!

Kerajaan telah mengisytiharkan tempoh PKP di bawah PCIDA.

Maka, pekerja-pekerja Perkhidmatan Perlu, pada waktu ini, hanya akan menerima gaji seperti biasa.

Maka kini, sebarang harapan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Perlu untuk menerima ‘gaji berganda’ adalah tidak terjawab.

Tetapi ia tidak perlu kekal sebegitu.

Kita mengetahui bahawa ini adalah tidak adil – maka adakah Kerajaan akan memberikan sebarang ganjaran kepada Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Perlu?

Pekerja-Pekerja ini berkerja keras dengan bertungkus lumus, sementara rakyat lain di seluruh negara berkurung di rumah masing-masing.

Apakah yang kita patut lakukan untuk pekerja-pekerja perubatan dan pegawai-pegawai penguatkuasa sebagai satu negara?  

Mereka ialah Barisan Hadapan (Front-Liners): mereka memerangi penyebaran lanjutan wabak Coronavirus.

“Pekerja-perkerja perubatan kita berdepan dengan risiko kematian setiap saat” 

Doktor, jururawat dan pekerja perubatan membantu pesakit-pesakit yang dijangkiti – mereka perlu diberi ganjaran yang sewajarnya: mereka berdepan dengan risiko kematian setiap jam.

Situasi tersebut juga wujud dalam perkhidmatan penguatkuasaan, seperti polis, rondaan sempadan, angkatan tentera, pegawai-pegawai imigresen, dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan raya – ini hanya beberapa antara warga yang berkhidmat pada masa ini.

Kerajaan perlu mencelah dan bukan sahaja melindungi – tetapi memberikan ganjaran – kepada pekerja-pekerja Perkhidmatan Perlu

Jadi terdapat kes yang kukuh untuk Kerajaan untuk meningkatkan gaji mereka serta merta.

United Kingdom telah melakukan sedemikian.

Kerajaan France telah melakukan sedemikian.

Dan apakah keputusan Kerajaan kita?

Mereka mengatakan bahawa ‘Kamu boleh menggunakan simpanan anda, dan mengeluarkan sebahagian daripada KWSP anda’.

Adakah ini adil?

 

 

[Pengarang merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan KN Geetha, En. GS Saran, En. JD Prabhkirat Singh, Cik KP Kasturi  Cik. Cik Santhi Latha and En. Matthew Thomas Philip  untuk bantuan yang diberikan oleh mereka.]

You May Also Like

Apa yang akan berlaku jika Perdana Menteri tidak berupaya menjalankan tugas?

Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan agar  Parlimen dibuka semula?

Bolehkah badan pengurusan kondo melarang penghuninya dari masuk rumahnya jika mengesyaki dia dijangkiti Kovid-19?

Kejatuhan era kebebasan Kehakiman melalui pemecatan Hakim terulung